Bleeding + mulut itik

Saya dah 8w5d pregnant, malam semalam keluar lendir berdarah dari faraj. Terus ke hospital check, doc masukkan mulut itik. Boleh tahan rasanya. Doc kata lubang rahim tertutup tapi ada sedikit luar tu berdarah. Tapi Alhamdulillah baby semua okay. Doc suruh monitor dulu. Ada tak ibu ibu yang ada kes macam ni? Baby okay tak? Tadi test upt positif dua line tapi line samar. #firstmom #ingintahu #pleasehelp

3 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Sama kes mcm sy, bermula dgn spotting, lps tu bleeding pula, masa tu sy terus ke emergency dan doc pakar O&G yg check vagina sy guna mulut itik tu, Alhamdulillah pendarahan bkn dtg dari baby, tapi dtg dari ketumbuhan di pintu rahim. Macam ada daging lebih kat situ, ni 1st time kena macam ni, pregnancy yg sebelum2 ni memang takde bleeding langsung. Lps tu doc ckp daging lebih tu ada 2 jenis, yg pertama dia tumbuh diluar rahim, yg jenis ni doc boleh tarik dan buang je Dan jenis yg kedua pula, daging tu tumbuh dari dlm rahim, mcm yg alami skg, memang tak boleh buang sbb risau akan jejaskan keselamatan baby. Jadi doc bg sy ubat kuatkan rahim + ubat kurangkang pendarahan. Doc ckp daging lebih tu tak memudaratkan dan tidak akan membahayakan baby, Alhamdulillah syukur. Sbb tu klu ada bleeding ke apa, cpt2 pegi emergency supaya boleh jumpa doc pakar O&G, so boleh check betul2 🥰

Đọc thêm
Thành viên VIP

Yg pasal UPT tu tak pasti knp samar2, sbb sy punya UPT Alhamdulillah terang elok walaupun masa tu sy baru 5weeks. Skrg dah nak masuk 10weeks 🥰🤲🏻. Tapi masa sy pregnant anak kedua sy, line samar2 juga walaupun sy dah lewat period seminggu masa tu. Tapi sy lupa masa tu kandungan brp minggu, sbb dah lama sgt 11thn lps, ni baru sy pregnant lagi 🤍

Đọc thêm

tu mungkin lebihan darah haid atau luka di dinding rahim..sy pernah alaminya kandungan yg pertama