Dah 10hari lewat period

Saya dah 10 hari lewat period tapi check upt still negative . Adakah saya pregnant? perlu ke tunggu lagi seminggu untuk check upt atau terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut ? First time jadi macam ni . #ingintahu #pleasehelp

16 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya pernah alami seperti ini padahal haid saya normal. Izinkan saya kongsikan sikit pengalaman saya. Tapi pengalaman, badan & hormon setiap orang berbeza. Saya hanya ingin berkongsi sahaja. Sebab saya pernah mengalami kerunsingan & kesedihan sebab upt negatif walhal tak datang haid. Huhu Okay, ceritanya, saya kena macam ni lepas bulan kelima berkahwin. Dan saya terus tak datang haid bulan keenam & ketujuh. 3 bulan tak datang haid & upt negatif. Wallahu'alam tak tahu kenapa. Bila pergi juma doktor, doktor scan rahim apa semua elok je. Takde cyst, takde fibroid. Takde apa apa yang mencurigakan. Bulan kelapan baru saya datang haid semula & normal. Bulan kesembilan & kesepuluh pun normal. Bulan kesebelas tak datang haid & cek upt positif alhamdulillah. Wallahu'alam 3 bulan tu tak datang haid kenapa. Mungkin hormon selepas kahwin ke apa. Tak tahu la tu. Mula risau & sedih sangat sebab upt negatif. Tapi lepas saya dapat sokongan dari suami, saya jadi positif & hanya fikir yang baik baik saja. Macam saya cakap tadi la, mungkin sebab hormon ke apa. Sebab kita dah ikhtiar bahagian kita, scan pa semua tapi semuanya okay saja. Huhu Tu je la saya nak kongsi. Sekali lagi, pengalaman, badan & hormon setiap orang berbeza. Jadi, ikhtiar mana yang patut untuk diri kita. Kalau boleh, jumpa doktor terus kalau curiga. Sebab kita takde alat & ilmu macam doktor. Kena pergi jumpa doktor untuk pastikan kesihatan & kecurigaan kita tu. In shaa Allah kalau ada rezeki, Allah akan permudahkan jalan awak in shaa Allah. 😇💕

Đọc thêm
2y trước

Yes sy setuju dgn apa yg puan ni kata sbb pengalaman kami hampir sama. Tp sy ni mmg period tak teratur, so lewat bbrpa minggu tu x menghairankan la. tp bila dah start lewat 2/3bln fkiran mulai rungsing sbb bila cek upt neg. Jumpa dr, dr kata lewat sebulan-3bln tu masih normal dia jadi x normal bila kita dah lewat smpi setahun xdtg bulan. Sy pn bingung laa, smpi dlm hati kata eh ternyata masih normal ye lewat smpi 3bln ni. Hanya mampu sabar, sbb bila sy minta scan cek keadaan rahim semua ok, sihat, xde masalah xde cyst, fibroid semua. So sptutnya xde maslah nak ttc. Bila mna sy dan husband xfkir psl nak ttc dan just enjoy je proses ni, masa tulaa kami dikaruniakn dgn rezeki ni, skg kandungan dah masuk 7bln. Syukur berkat kesabaran ttc 3th. Ni pnglaman sy, apa2 pn mcm puan ni ckp lain org lain pnglamannya. semoga dipermudahkan semuanya bagi yg sdg ttc.