Mucus Plug: Sharing Pengalaman.
Hi, saya cuma nak share pengalaman disini berkenaan mucus plug. Harini (9/4/21) kandungan saya 37.2 weeks, saya perasaan ada lendir seakan keputihan bercampur darah keluar dari vagina. tak banyak, panjang separuh jari telunjuk. selepas saya dapatkan nasihat orang sekeliling, saya terus pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. di hospital, doctor monitor jantung baby dan check laluan, masih kecil. jadi saya dinasihatkan balik dan datang semula 2 minggu kalau masih tak beranak, tapi kalau dah keluar antara 3 tanda utama tu boleh terus datang ke hospital. selepas balik baru saya baca berkenaan mucus plug. kebiasaannya mucus plug ni akan turun selepas pintu rahim mula melembut untuk get ready for contraction. sekiranya mucus plug dah turun, tak perlu segera ke hospital melainkan datang sekali dengan 3 tanda utama, sebab kebiasaannya contraction cuma akan bermula 2-3 hari selepas tu ada juga yang few hours selepas tu. kalau pergi hospital pun akan kena discharge juga. jadi untuk tak penat, tunggu la 3 tanda utama tu. tapi dinasihatkan untuk persiapkan bag hospital selepas mucus keluar sebab anytime boleh start labor pain. sekerang, dah 12 jam selepas mucus plug saya turun, saya masih tak ada tanda apa apa melainkan sakit kawasan celah peha, rasa ngilu sekali sekala bila baby cuma tolak kepala ke lubang peranakan, perut mengeras sekali sekala, sakit belakang. doctor turut nasihatkan saya untuk bersedia physically and mentally untuk proses kelahiran yang mungkin akan berlalu dalam masa terdekat. Saya akan kongsikan update baru pada posting berikutnya, boleh follow account saya to be keep updated. thank you :) (10.4.21) harap membantu. #mucusplug