Apa salah saya

Saya cuma nak luahkan.. husband saya caring pasal saya, cuma dia tak boleh nak faham yang perempuan pregnant ni cepat penat, sakit badan & emosi. Bila dalam kereta saya pejam mata walaupun tak tidur, atau bila weekend cuti saya bangun tidur pukul 10 pagi, terus dia cakap saya perempuan pemalas. Padahal hari bekerja saya tak boleh tidur awal, pagi pukul 4 dah bangun siapkan sahur. Lepas subuh terus siap pergi kerja. 5 hari berulang macam tu. Weekend saja masa saya berehat. Tadi masa berbuka mak mertua beli kuih, saya rasa macam teringin sangat saya pun ambil nak makan lepas dah habis makan nasi semua. Then husband cakap, “eh tu ibu belikan untuk awak ke?” Depan big family. Niat dia mungkin bergurau, tapi saya taktahu la saya ni yang kuat beremosi ke macam mana kan.. saya terus bangun basuh tangan. Ibu mertua saya marah husband cakap tak baik cakap macam tu, saya tengah pregnant kan.. lepastu dalam bilik husband marah2 saya, cakap yang saya ni bodoh, tak bijak, tak reti hormat dia, buat perangai depan family dia.. saya rasa sedih sangat.. sebab saya ni kalau bab makanan sensitif sikit. Kalau orang tak bagi makan atau cakap apa2 semasa saya makan, sumpah saya takkan sentuh makanan tu, atau terus rasa berat hati nak makan. Saya tahu, saya ni baru pregnant 9 minggu, mungkin bagi dia awal lagi.. tapi kalau suami sendiri tak boleh nak faham, siapa yang nak faham saya. Bila saya cakap saya tak larat, sakit badan dia salahkan saya sebab drive pergi tempat kerja jauh, suruh berhenti cari kerja baru yang dekat hari2 ulang macam tu. Padahal saya setiap petang masak untuk berbuka satu family (saya duduk dengan family husband), sahur pun tak pernah miss saya bangun awal siapkan makanan. Apa salah saya.. 😌

6 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Cuba awak try tnya suami awak. Mcm ada sesuatu je yg dia tak puas hati tapi benda lain dijadikan bahan. Kira baguslah awak masakkan walaupon tgh pregnant. Sy mmg gantung periuk terus bulan puasa ni sbb pregnant. Kadang je masak utk sahur. Lagi satu mungkin sbb awak tgh pregnant jadi lebih beremosi. Kadang suami awak tak niat pon tapi mungkin cara dia cakap kasar. Kalau tak puas hati jangan simpan lama2. Bincang suami isteri. Sy pon belajar dari pengalaman. Kalau kita pendam luka kat hati lagi makin teruk.

Đọc thêm

Bila mengandung memang akn cepat emosi.sis pujuk hati ok.jgn sedih2 nanti baby pun ikut sama rasa tu.sebaiknya slow talk dgn dia dlm bilik . Jumpa laki hat paham ok la tapi bila dpt jenis hat pikir hati perut sorang ni kita pun kena slow talk dgn dia jgk.jgn pendam apa2 xelok utk emosi ibu mengandung.apapun sis nk mkn apa trringin apa mkn sja..jaga diri jaga kandungan ya sis❤️

Đọc thêm

Semoga sis kuat dan sabar dpt suami yg jenis mcm ni . Sedih betul bila lelaki cakap mcm tu . Maki hamun kita lelagi tgh berbadan dua ni . Sebb tu penting nya selepas khwin ddk uma sndri . Bila ddk dgn mertua ni kita jd penat sebb kene pandai2 bawak diri . Tak boleh bgn lambat . Sebaik mana pun mertua mesti akan cakap belakang2 juga . Moga sis sabar ye 🙆🏻‍♀️💕

Đọc thêm
Influencer của TAP

Mcm lain je suami sis tu. Kalau saya pun saya akan terasa and emosi juga. Nak buat lawak or bahan bini pun agak2 la jgan smpai mcm tu. Cuba tanya suami apa yg dia x puas hati sbnarnya. Saya mmg jarang sngat masak sbab alahan and xleh hidu bau nasi tengah masak tu. Kadang husband mmg ajak kluar mkan dia ckap takyah la masak.

Đọc thêm
Influencer của TAP

hmmm.. pelik suami pulak yg mcm tu ... tu bukan caring sis, tu annoying.. sepatutnye suami support sis. ni tak..mcm xpuashati dgn sis je...pastu malukn dpn family dia.. ape ni? kalau sy kt tempat sis pun sy akn bgun basuh tgn mcm sis. sis bagus larat jgk masak berbuka & sahur...

Awak sabar ya. Sabar, istighfar. Elakkan emosi. Try slow talk dengan suami. Bincang heart to heart dengan dia. Kalau dia masih buat perangai sama dia, awak kuat kan semangat, sabar demi baby dalam perut tu. Semoga sis kuat ya 🤲