Help!! Tak faham lah ni darah apa

Saya cucuk depo masa baby umur sebulan.. darah nifas terus stop selama 4-5 hari (saya tak ingat), lepas tu saya bleeding macam period selama lebih kurang 13 hari.. lepas tu darah stop 3-4 hari, saya bleeding lagi.. tapi on off.. harini ada, esok takde, lusa ada, tulat takde.. Semua bleeding di atas stop dalam tempoh sebelum 60 hari so nifas la kan? Hari ke 61,62 saya tak bleeding.. hari ke 63 saya bleeding balik on off sehingga hari ke 67 saya bleeding on off. Hari ke 68,69,70 saya bleeding lagi sekali..tapi saya masih puasa.. sebab tak tahu ni period ke istihadah.. stress la dengan depo ni.. kucar kacir hormon bleeding tak tentu hala.. apakan daya saya czer, misi suruh cucuk depo

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

mcm ni, nifas hari 1-60 tanpa gap lebih 15hari. tapi andaikata darah stop, kena mandi wajib dan solat sebab kita tak tahu esok lusa darah akan ada lagi ataupun mmg dah kering. kalau gap lebih 15hari, dikira haid. tak kira masih dalam tempoh nifas ataupun tak. kalau lebih 60hari tapi masih ada darah, dikira istihadah. tapi Kalau lebih 60hari tapi gap 15hari, dikira haid. kalau hari ke 75 (15hari selepas habis tempoh nifas) masih berdarah, dikira haid semula. faham tak? kena faham betul2 sis sebab ni melibatkan ibadah kita.

Đọc thêm
9mo trước

Ohhh macam tu... kalau lebih 15 hari bleeding jadi haid pulak.. okay faham dah.. so saya masih boleh beribadat lagi 🤭 kalau boleh tahun ni taknak tinggal puasa lama sangat 😭 hutang 14 hari pun tak habis ganti lagi 😫😫