Mommies, tolong saya jap

Saya bersalin czer. Anak pertama. Hari ni saya berpantang hari ke-42.. 2 hari lps pad saya kosong. Kemarin pulak pad saya ade kuning2 sikit, sikit je. Ni tandanya nifas saya slow2 nk habis dh ke? Atau mcm mane? Kalau nifas saya keluar kuning2 sikit selama 3 hari then lps tu keluar lg darah sikit atau kuning sikit, tu tandanya nifas saya belum habis ke? Kalau pad saya kosong selama 3 hari then lps tu keluar lg kuning2 sikit, tu tandanya nifas saya belum habis ke? Tak boleh solat lg ke? Atau mcm mane? Saya tgh monitor nifas saya skrg. Saya baca pengalaman sesetengah org, kdg2 nifas keluar lg selepas 3 hari stop dan darah period keluar selepas 3 hari stop kot lebih kurang gitu lah. Saya waswas boleh solat dh ke atau belum ni. Tolong fahamkan saya jap, mommies. Huhu.

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Sayang, jangan risau, dari apa yang saya faham, nifas itu hadnya 40 hari, jadi sekiranya darah atau cecair kuning yang keluar tu melepasi hari ke-40, kebanyakan ulama berpendapat ia sudah tidak dikira sebagai nifas lagi, dan kita boleh mula solat semula. Kalau pad kosong dan tiada lagi keluaran selepas hari ke-40, itu tandanya kita sudah suci dan wajib meneruskan solat, tidak perlu tunggu lagi. Memang ada yang alami sikit-sikit cecair kuning selepas tempoh tu, tapi selagi ia bukan dalam had nifas, kita tetap kena solat. Mungkin boleh berbincang dengan ustazah atau bertanya kepada doktor pakar kandungan juga, supaya hati lebih tenang dan pasti, kerana setiap keadaan badan ibu itu berbeza. Semoga dipermudahkan, ya, awak dah buat yang terbaik dengan memantau dengan teliti begini.

Đọc thêm