Mommies, tolong saya jap

Saya bersalin czer. Anak pertama. Hari ni saya berpantang hari ke-42.. 2 hari lps pad saya kosong. Kemarin pulak pad saya ade kuning2 sikit, sikit je. Ni tandanya nifas saya slow2 nk habis dh ke? Atau mcm mane? Kalau nifas saya keluar kuning2 sikit selama 3 hari then lps tu keluar lg darah sikit atau kuning sikit, tu tandanya nifas saya belum habis ke? Kalau pad saya kosong selama 3 hari then lps tu keluar lg kuning2 sikit, tu tandanya nifas saya belum habis ke? Tak boleh solat lg ke? Atau mcm mane? Saya tgh monitor nifas saya skrg. Saya baca pengalaman sesetengah org, kdg2 nifas keluar lg selepas 3 hari stop dan darah period keluar selepas 3 hari stop kot lebih kurang gitu lah. Saya waswas boleh solat dh ke atau belum ni. Tolong fahamkan saya jap, mommies. Huhu.

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Sayang, jangan risau sangat ya, dari apa yang saya faham, warna kuning atau kekuningan pada pad itu masih dikira dalam tempoh nifas selagi ia masih keluar, so selagi ada lagi discharge walaupun sikit, elok tunggu dulu dan jangan solat dulu sehingga benar-benar bersih. Kebiasaan nifas memang sekitar 40 hari, tapi maksimumnya boleh sampai 60 hari, so hari ke-42 ni masih dalam julat yang biasa, yang penting pantau betul-betul sampai pad betul-betul kosong dan tiada apa-apa keluar. Kalau dah kosong sepenuhnya, bolehlah mandi wajib dan mula solat balik, tapi kalau masih ada lagi walaupun kuning sikit selepas tu, ia masih dikira nifas belum habis. Saya cadangkan Mommy rujuk dengan doktor atau ustazah yang boleh bagi panduan lebih tepat mengikut keadaan Mommy sendiri, sebab setiap orang berbeza dan lebih selamat dapat kepastian dari pakar terus ya.

Đọc thêm