46 Các câu trả lời

Sye pernah ada kawan mcm sis, kluarga dia hantar dia pergi ke Pusat utk rawatan seterusnya. Kalau duduk di Pusat in syaa allah kesihatan dan keselamatan ibu dan anak dlam perut in syaa allah terjamin. Dlam jagaan Pusat ad pantauan klinik kesihatan. Dan skrg anak dia pon dah bgi pda klurga angkat. Kluarga angkat pulak semua baik baik, sebab Pusat jagaan tu dah buat penilaian keluarga angkat tu sendiri. In syaa allah tkde apa apa kalau kita masih dlam jagaan Pusat . Segalanya terjamin sebelum bersalin smpai habis pantang .

kalau tak nak bela baby tu bagi pada keluarga angkat ... 22weeks buat buku pink secepatnya sekarang kalau kita lambat buka buku susah nak diterima nak lagi kalau belum kahwin ... masa buat buku jangan pernah menipu kalau pernah ada amik ubat-ubatan untuk gugurkan janin .. sebab akan datang kesan pada baby tu ... tak payah jadi bodoh nak buang anak bagai ..

betul tu,,, amik ubat gugur tu kadang tak gugur pun tp anak boleh jadi cacat…

VIP Member

Boleh buat buku pink janji Ada record. sbb nak tengok tahap kesihatan ibu Dan anak. nak bersalin pon mudah kalau Ada buku pink tuh. kalau awk umur 21tahun ke atas tak jd masalah siapapon nak pickup kluar hosp nt. kalau umur 17 tahun kebawah tuh kene Ada parent untuk bawak pergi checkup. adik ipar sy 17tahun dah prgnt. Dy buat buku pink mcm biasa. janji ibu anak sihat.

Sy ada kawan mcm sis. Kandungan dy dah 6 bulan, baru dy buat buku pink. Nurse marah kenapa dah 6 bulan baru datang n nurse pun ckp diorg takkan halau pun. Benda dah jadi. Alhamdulilah, julai 2021 kawan saya dah selamat melahirkan. Better pergi buat buku pink ya sis. Semoga dipermudahkan urusan sis.

Sis jgn takut n risau. Semu suda berlaku biarkan. Just fikir psl anak dlm kandungan. Dia x buat salah n dosa. Biar org ckp ape2 pun bkn mrk dtg tlg kt masa susah. Sis pegi kk n follow up semu ni bgs tuk sis n bayi anda. Tuhan pasti akn bg kekuatan tuk sis. God bless you both. 💕

Takde masalah pun utk buat buku pink tu dik. Cuma kalau awak bwh umur kena bawa penjaga/org dewasa sekali. Utk kebaikan anak dlm kandungan dan utk memudahkan proses kelahiran nanti baik cepat2 la buat buku pink. Kalau taknak pi kk, buat kat klinik swasta pun boleh. Tebalkan muka, pekakkan telinga utk anak. Rasanya bila kes bawah umur, JKM akan pantau.

nasihat sy pd sis,kalau x mmpu check up swasta,p je kk. skrg ni kan pakai mask. pedulikan je kalau ada mulut² xelok tu. mmg menusuk,tp fikirkan kandungan tu ya. im Sha Allah xde misi nk halau. tu tugas dia. kawen ke xkawen ke,dorang xkan judge. sy doakan semoga dipermudahkan urusan. lepas ni taubat nasuha sungguh2. jgn ulangi kesilapa kedua lg ya

VIP Member

Sy buka buku pink bawa segala docs sijil nikah la apa la, tp nurse sorang pun tak tengok. Maybe sbb klinik tu busy sgt nk busy body psl hal org😂 Btw, jgn la apa2kan baby tu. Dia tak bersalah. Jgn tambah dosa lagi dgn menyakiti & membunuh nyawa yg tak berdosa, cukuplah dgn dosa2 silam yg lalu. Taubat & perbaiki diri, jadi mak yg baik.

Sis pergi je buat buku pink, fikirkan keselamatan sis dn kandungan,.. Kalau sis rasa tk mampu nk jaga anak nnt,, sis bole mula cari keluarga angkat utk bakal anak sis,, kt facebook ada group2 khas utk keluarga yg mencari keluarga angkat / anak angkat,, ada sesetengah tu akan jaga ibu hingga bersalin.. Sis cuba search ye..

kes wak sama dgn anak tiri sya..teruk² perbuatan dia.dia tak terfikir nak buat apa² dekat baby?dia tak peduli apa org nak kata..dia buat buku pink macam biasa..lagipun ramai juga kes macam ni.kat klinik pun tak pandang apa..fikir utk diri sdri dgn baby awak?jangan peduli apa org kata..

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan