19 Các câu trả lời

Saya faham masalah yang anda hadapi. Sebagai seorang ibu yang pernah mengalami keguguran, saya faham betapa pentingnya kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungan. Walaupun tiada tanda-tanda pendarahan, tetapi jika anda mempunyai sejarah keguguran, amat disyorkan untuk berbincang dengan doktor anda mengenai pengambilan Duphaston semasa kehamilan. Duphaston adalah ubat yang digunakan untuk menambahkan hormon progesteron dalam badan. Ini boleh membantu mengekalkan kehamilan pada individu yang mempunyai risiko keguguran. Walau bagaimanapun, keputusan untuk mengambil Duphaston semasa kehamilan perlu dibuat oleh doktor berdasarkan sejarah kesihatan anda dan perkembangan kehamilan. Saya amat galakkan anda untuk berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin bagi mendapatkan nasihat perubatan yang betul. Keselamatan anda dan bayi dalam kandungan adalah keutamaan utama. Semoga segala urusan kehamilan anda berjalan lancar dan sihat sejahtera. Voucher RM30 off 👉🏻 https://invl.io/cll7hzz

Saya masa 17w diding rahim dh menipis dan ada bukaan sikit.doc tahan wad 5 hari nak buat cerclage,smtra tu doc pantau dlm wad bg sy mkn antibitotik dan masukkn ubt kuat rahim melalui bawah,alhamdulillah x jd cerclage sbb rahim sy tebal semula dan tertutup.sy ada sejarah gugur dan lahir baby 3 org pramatang.jd skrg sy kena guna ubat kuat rahim insert melalui bawah sehingga cukup kandungan.alhamdulillah skrg dh nk masuk 21w..moga kandungan kuat sampai cukup bulan..doc akn tgok sejarah atau boleh berbincg dgn doc

Saya pernah gugur dua kali. Masa second pregnancy ada spotting. Pergi clinic doc prescribed duphston. And spotting takde. Tapi baby ada abnormality, so jatuh jugak. Now 3rd pregnancy. Tahu je pregnant terus ke clinic for confirmation and consultation. Memang doc bagi duphston jugak. Habiskan 1 kotak. Alhamdullilah now dah 25w. Kalau awak was was, pergi clinic, cerita pregnancy history, and take any prescription yang doc bagi jangan skip. Folic acid please please please makan. Good luck!

ada doctor saya pernah pegi pun ckp mcm tu. selagi tak nmpk kantung or heartbeat, dr tak suggest makan. so saya pun taktau la

pernah keguguran berape kali ye sis maaf bertanya.mcm sya 3 kali keguguran . last gugur tahun 2020 masa tu doc ad bgthu untuk ambik drh nk cek lebih detail masalah keguguran tu . skrg sya pregnancy yg ke 4 alhmdulilah doc tk ad suggested mkn duphaston ni . cuma sya kena jupe pakar o&g untuk cek lebih detail . kalau sis blom buka buku pink better buka skrg mudah untuk misi pantau kandungan sis.

saya baru gugur sekali januari tahun ni. skrg pregnant lagi dan harini dah 5 minggu lebih. oh yeke pregnancy ke 4 awak doctor tak suggest duphaston eh walaupun awak ada sejarah keguguran? a ah saya belum buka buku pink sbb 1st pregnany dulu tak sempat..7 minggu dah gugur. dan setahu saya buku pink kena buka kandungan dlm 11 minggu kan?

bykkan bedrest...MKN asid folik n MKNn y berkhasiat bygkan buah sayur protein..Sy ank 1st gugur..lepas tahu pregnant kali ke2 Sy TRS benti keje SBB dktr Soh bedrest..n Sy risau takut gugur LG . alhamdulillah anak Sy dah slmt lahir 4/5 baru ni..baby masa pregnant MMG betul2 bedrest lgsg xblh buat pe keje..KLU X baby xrespon lgsg...tp Sy buat je keje umh CME slow2 skit je..

sy gugur 2x. masa 3rd pregnancy dktr suggest utk ambil duphaston. tp sy tak ambil. alhamdulillah bby survive dan esok genap 2 tahun usia nya. key word dia. lps gugur pls buat full checkup both suami isteri tgk kt mana yg kurang, mcm sy semua ok kecuali berat bdn dan kualiti ovum so tukar lifestyle, ubah slow2 jd aktif. bila semua tu dh ok..percentage utk gugur tu kurang lah

sy pegi lppkn. ckp je nk check kesuburan.

sy awal pregnancy ada bleeding sikit. Dr mmg suruh makan habis kan sekotak. lepas tu dah tak bleeding dah. tp Dr Suruh cont je makan je sampai abis 1st trimester. alhamdulillah..kandungan baik. Dr bgtau yg ubat ni kalau kita tak pregnant fungsi dia utk turun kn darah. tp kalau pregnant fungsi dia adalah tebal kn dinding rahim kita utk protect baby.

semoga awak dan baby sihat2 sahaja. jgn stress2 yer..insyaAllah..kalau ibu kuat..baby pon kuat 🤍

ohh yeke. faham faham. terima kasih semua yg menjawab persoalan saya.. saya setakat ni memang takde bleeding. saya risau pula kalau makan duphaston ni, jadi apa apa ke kan. so for now saya tak makan lagi lah. saya tunggu scan 6 minggu tengok baby mcm mana and dapatkan consult dr dulu

sy 2x gugur..skrg tgh prggy 13w..dah buka buku dah masa 9w..masa jumpa doc dia tanya² pasal sejarah gugur tu je..tp xde pn bekalkan pil tu..sy pn ok jelah..doa je baik² harap kandungan kalini ok..rabu ni app klinik..harap semuanya baik² aje.

ohh maybe sebab awak takde bleeding kot sbb tu dia tak bagi ubat tu. saya doakan kandungan kita semua sihat aamin 🤲🏻

sy prnh gugur anak ke 2 ,bleeding smnggu sblum kantung n placenta kluar ..tak pernh sy mkn ubat duphaston tuu.. doc pun tak bg, tp tulaa.. nak ngandung balik tu susah sangat, anak prtama 5thn dah.. baru nak Ada adik, due bln 7 ni ..

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan