Saya baru melahirkan seorang hero yg sangat comel. Tapi masalah skrg bila baby saya menyusu badan, dia menyusu dlm 5mnt kemudian menangis melalak sampai naik biru muka. Macam tak puas. Lama2 dia terus taknak menyusu badan. Bila pump pun keluar sikit je tak sampai 1oz. Macam2 dah milkbooster & halba saya cuba. Berurut pun sudah. Skrg baby minum susu fm je. Susu badan dia dah taknak. Sedih saya bila org keliling cakap kena bf. Kena paksa juga. Tapi tak tahu apa yg kita alami. Dah nak masuk 2 bulan, skrg susu badan saya dah takde. Nurse kata puncanya sbb terlalu stress. Meluat dah nak jumpa sanak saudara lagi2 belah suami. Mcm2 dok mengata saya & anak. Kurus la apa la. Mulut celupar sgt. 😔
Nur