Emosi tidak stabil. Macam mana nak kawal?
Saya baru dapat tahu saya pregnant semalam. Bila bagitahu husband, husband boleh terlepas cakap " Kita tak boleh happy sangat kan? Takut nanti test kali ke-2 boleh negative? " Jujur saya down bila dia cakap macam tu walaupun ni rezeki tak diduga. Ada juga bertekak suami isteri sebab saya rasa kurang difahami suami. Tapi suami defensive. Bila saya senyap seribu bahasa, baru dia sedar salah dia. Baru tadi, kakak saya tanya " So awak pregnant ke tak? " ... Saya tak tahu nak react macam mana. Saya asyik menangis je tapi risau dekat kandungan. Macam mana ya nak kawal emosi? & result UPT boleh berubah ke? Kenapa orang tak percaya saya mengandung?