Common sense
Saya baru bersalin secara czer harini dah masuk 13 hari saya dan baby. Khamis hari tu saya dengan baby baru je discharge sebab baby saya jaundice. Sangat penat ye proses ni lagi lagi ftm macam saya, badan saya masih sakit sakit dan betul orang kata czer ni ambil masa nak elok. Saya nak meluah, mil saya ni macam orang tak pernah beranak dan berpantang je. Esoknya ada family belah lelaki datang nak melawat, awal lagi mil pesan dan bagitahu awal sikit pergi kerumah dia sebab ada tetamu nak ziarah tengok baby, saya macam eh kenapa saya dengan baby yang kena datang pergi rumah dia untuk orang ziarah, kenapa tak ziarah je kami dekat rumah sendiri kenapa kena dekat rumah dia. Saya ni betul betul penat dan tak cukup rehat lagi. Badan pun sakit sakit sebab belum berpantang betul betul sebab kena bawa baby app klinik hospital. Saya geram je nak jawab tapi saya ni sabar je 😌

