Minta tolong ajar cara untuk stop anak minum susu dalam buaian.

Saya agak sedih & kecewa. Anak memang fully fm sebulan lepas bersalin disebabkan puting saya asyik luka & berdarah sampaikan badan tak lagi produce susu badan. Anak memang menyusu guna botol sambil dukung ataupun letak atas riba. Lepas 2 bulan habis berpantang, saya masuk kerja & hantar anak ke pengasuh. Sejak hantar ke pengasuh, anak susah sangat minum susu botol atas riba atau dukung. Dulu masa pantang, 2-3oz boleh habis. Sekarang kalau bagi, nak habiskan 1oz pun susah melainkan kena bagi minum dalam buaian. Pengasuh salahkan saya kata saya ajar anak bagi minum susu dalam buaian katanya sedangkan saya tak pernah bagi minum susu dalam buaian pun. Persoalan saya, boleh tak saya nak ajar balik anak minum susu macam dulu? Saya sedih sangat. Bila nak bagi susu, anak siap menangis, teriak macam kena paksa. Anak sekarang umur 5 bulan. Masalah sekarang kalau keluar atau pergi mana-mana susah nak menyusukan dia.

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

punca puting luka & berdarah mungkin disebabkan lekapan baby awak dgn breast salah. boleh cuba offer baby minum pakai sippy cup.

2y trước

Sekarang anak memang guna botol je cik. Saya bagi susu formula je sekarang. Tapi yang jadi masalah sekarang dia nak minum dalam buaian. Atas riba langsung taknak, dalam kereta pun susah. Anak pun jenis tak teriak kalau lapar. Saya pun buntu. Nak ajar anak minum susu botol tapi bukan dalam buaian 🥹