Saya ada soalan, macam mana ibu2 sediakan makanan untuk bayi yang baru boleh makan masa tengah travel / bercuti dalam 2 - 3 hari?
Saya cadang nak bercuti bulan Jun nanti. Tapi masa tu anak saya dah 8 bulan. Saya jadi terfikir macam mana nak sediakan makanan dia di hotel nanti. Perlu ke saya bawa makanan segera macam nestum? Sekarang ni anak saya baru umur 4 bulan. Jadi kalau travel pun, memang tak risau apa. Sebab minum susu je.
Boleh ibu2 semua share experience bercuti dengan baby dan cara sediakan makan dia? Terima kasih.
Az ZaHrAH