8 Các câu trả lời
Bagus mommy buat persediaan awal Q&A sebelum bersalin. Pengalaman sy pula, selepas bersalin mmg nurse akan suruh kita menyusukan anak walaupun sy tahu susu tak keluar pun? Tapi dia akan suruh kita kerap menetek supaya kita ada rasa terangsang dan breast kita akan salurkan denyut2an,akhirnya akan keluar susu. Permasalahannya,1mlm sy kt wad menyusu tapi masih takde tanda2 susu yg keluar.baby sy pula jenis senyap tido je.hari kedua keluar wad bidan urut dada sy 3hari berturut2.hari ketiga tu baby nangis2 walaupun dah mnetek.pagi subuh tu juga suami sy carikan dia susu formula s26.rupanya baby sy lapar.Allahhh maafkan mak ye anakku. Walaupun sy dah baca pengalaman orang.nasib baik dah beli standby susu botol.masa sy nak beli susu tepung sebelum beranak suami sy tak bagi.”baby lagi buat apa bg susu formula,bg susu badan je”.tu yg takde standby to nasib baik ada botol siap2.kalau tak mne nak cari subuh2 tu.haa kan dah kalut😂 Masa ni pulak kena pegi checkup,sekali sangkut kuning.mungkin sbb sebelum ni dia tak mnum susu kan. Hari keempat baby kena tahan wad lampu biru.. Allahh nangis sy masatu tinggalkan anak.susu ebm pun takde nak bg nurse. Jadi sy terpaksa la dtg jenguk suapkan dia susu formula sorok2.dan masa ni juga mula keluar colostrum 1oz je (lepas berurut)😂 then sy bawak jgk,picit2 simpan dlm collector colostrum tu suapkan anak sy kt wad.alhamdulillah cepat turun kuning 1mlm je esok tu dah discaj. Dan sy kerapkan pam breast.mula2 down juga sebab kluar colostrum sikit je akhirnya lama2 makin 1oz ke 4oz sebelah saja. Kesimpulan: perlu standby - Botol susu yg sesuai utk isi susu badan (ppsu)& puting lembut. Cth pigeon,hegen,samu giken. Philip event sesuai utk susu formula je sbb botol dia susah sikit nak cuci (bfm)byk lekok for me.haha -susu formula s26 berat naik cepat.dari 2.5kg ke 3.5kg/sebulan girl. -collector colustrum -breast pump & plastick pack 2. Jenama Lemonu sesuai dgn harga bawah rm100 je dpt dua2 belah. Lepas sy pakai brand ni baru byk susu sy dpt 4-7oz🥲 selang seli dgn penyusuan anak. Sejam susu direct,sejam waktu pump.normally waktu baby tido time tu la kita kena berjaga pump.huhu.sy pam pun sbb mak mertua sy selalu sruh anak sy keluar bilik duduk depan.kalau sy nak makan,pegi bilik air dia bole jagakan & suapkan susu.lebih simpan stok. 3.anak sy 3jam 1oz je
Pengalaman saya: 1. Depends. Anak 1st & 2nd saya time 20w breast dah produce colostrum banyak sampai meleleh. Tp only anak 1st yg day 1 breastmilk (bfm) saya banyak melimpah. Anak second, surprisingly day 3 baru ada bfm. Better standby susu x kisah brand pape tp pax kecik je sbb anak belum tentu sesuai. Mcm saya anak 2nd x standby formula sebab ingat bfm akan melimpah mcm anak 1st. Rupanya kering sekeringnya sampai husb lari g kedai beli main grab je formula. Tp even bfm tak keluar, wajib latch kan tiap kali anak nk minum. Sua je ke mulut dia utk stimulate, sebelum bg susu fm, biasakan direct feed dulu walau x keluar apa2. Breast kita ni bila dia masuk kt mulut anak, auto signal yg ada demand susu & makin lama bfm akan keluar tp kena KERAP latch 2. Tak perlu pump pun. Kalau baby isap pun tak keluar apa, pump takut x jalan juga sbb saya pernah try time anak 2nd. And lg 1, pumping dlm pantang boleh sebabkan oversupply kalau tak pandai control, LC pun tak recommend. Lgpun demand anak baru lahir, sikit je dia minum. Focus on latching je. 1 lg keburukan dia bila kita pump, anak akan minum dlm botol, ni boleh sebabkan nipple confused utk anak. Better latch kan je, nanti boleh bonding sekali 3. Awal2 lahir mmg sikit je dia minum. Kalau anak ada jaundice biasa or x de, setiap 2hrs. Kalau jaundice dia teruk, setiap 1hr (mcm anak saya sbb jaundice 2weeks). Saya bg 1oz je (time bfm belum keluar). Lepas 2w dah boleh up sikit kot tp saya xtau sgt accurately. Sebab saya direct feed, bila anak tertidur & lepas nipple means kenyang. Bab jaundie tu kena perati, baby yg kuning ni dia akan malas bgn & kuat tidur. Kejut bagai nk rak pun dia tidur. WAJIB kejuttt susukan, anak saya sampai tahap kena bogelkan baru dia bgn. Kdg nampak mcm ok tp kuning ni panas dalam & BAHAYA
1. Ikut pada badan masing-masing. Pengalaman saya, semasa nurse bawakan baby saya masa jahitan czer berlangsung, nurse suakan baby pada dada saya, dan baby minum sekejap. Nurse kata susu saya banyak dan baby pandai latch. Buat senaman dada, belajar marmet dan betul, elakkan stress, minum air kosong secukupnya, kawal pemakanan secara sihat. Sbb saya percaya dan nak anak susu badan sepenuhnya, saya tiada beli susu formula. Jadi bila bengkak susu berlaku dan ada ahli keluarga kata susu tak cukup kena beli susu formula, saya buat dek je. Saya belajar penyusuan susu semasa hamil, dan semasa menyusukan anak. Boleh follow medsos Owh Didiyana 2. Tiada keperluan. Jika bekerja, perlu pam selepas sebulan bersalin. Sbb, utamakan direct breastfeeding Utk hasilkan pengeluaran susu dgn baik, bonding ibu dan anak, nutrien terbaik. Beli pam di kedai breast pam, Cuba pam sesuai hingga puas hati. Lagipun, breast berubah selepas bersalin dan direct breastfeeding, tu yg better beli selepas sebulan bersalin. 3. Ya kena kerap susu. Kalau menyusu susu ibu ikut konsep supply & demand. Lagi kerap menyusu lagi bagus. Memang baby minum sikit je, ikut flow pengeluaran susu ibu.
Baby lahir je, nurse dah lap2 dia, terus bg isap nen susu auto keluar, pam tak perlu klu dah bekerja nnt baru pam. Baby nangis/terjaga dari tidur baru bagi susu, klu dia tak mintak tak perlu. Ibu pun perlu berehat semasa dlm pantang. Ini yg susah sikit, jika baby masuk nicu atau terpisah dgn ibu atau tak dpt direct breastfeed mmg susu lambat keluar jgn susah hati, nurse akn bg susu hospital dulu guna cup tapi kena rajin jumpa baby n direct breastfeed supaya cepat pengeluaran susu tu baby dgn ibu pun kena belajar latching/lekapan yg betul supaya susu mudah keluar. Klu awk rajin nak pam juga ada risiko breast akn bengkak mmg sakit sbb susu banyak sgt/overflow n bocor, sedangkan baby baru lahir minum sikit je tiap2 kali, perutnya hanya sebesar buah ceri tapi dia sering minta sbb susu badan ni cepat hadam namun cepat kenyang bila minum berbeza sgt dgn formula. Baby suka isap lama2 bukan sbb dia lapar tp sbb dia nak tidur lena dan bau ibu tu dan isapan tu buat dia tenang itu kita panggil ngempeng.
1. ikut orang. ada orang time 3rd trimester dah keluar susu. tapi saya takde susu lepas baby keluar. teruskan je susu baby. bila kerap susukan baby, susu badan bertambah. untuk permulaan saya standby fm dupro 2. Yes. better pump sebaik sahaja baby dilahirkan. pengalaman saya, saya lambat pump and rasa pump tu tak penting. sampailah susu saya drop. then saya masuk breastfeeding class rupanya kena pump setiap setiap hari. so far dalam class bf dorang suggest (autumn minix) hospital grade pump 3) anak saya masa newborn sejam sekali dia nak susu. perut baby kecik, so baby minum sikit tapi kerap
jawapannya ya setiap ibu yang selepas bersalin akan ada susu tapi bukan keluar susu terus . sebab dari kita preg 16w kita dah start ada colostrum sampai laa kita bersalin , apa itu colostrum ? susu yang sangat pekat dn likat berwarna kuning dan katanya ia bagus untuk baby jaundice . apabila tempoh colostrum telah tamat , susu badan yang normal akan sendiri keluar , kalau tak meriah atau pon susah nak kelua boleh panggil bidan untuk urut susu . Jawapan untuk bila perlu pam , stgh atau 1 jam selepas menyusukan anak atau sudah rasa tegang pada payudara
seperti kata puan @Nurr l M H. hanya nak tambah jawapan no 3. baby menyusu jumlah sikit sebab perut baby kecik & susu ibu mudah hadam,diserap cepat. sebab tu perlu menyusu dengan kerap.
kalau betul2 zero knowledge pasal breastfeeding digalakkan masuk kelas lagi senang nak paham. sekarang dah ada kelas online dan offline boleh pilih nak mana je
Setuju.
Nuur I M H