Share tips cara pengurusan uri dgn betul. Perlu ke ke beli set pengurusan uri tu?

Sapa tau cara² pengurusan uri dgn betul? Dlu anak 1st mak tlg.. ni mak da stroke, jd semua kene buat sendiri.. Perlu x beli set pengurusan uri tu? Dlu tgok adik ade beli yg jenis mcm set pasu tanah liat tu.. Tp ade terbaca x sah ke apa sbb kene tanam terus balut kain je terus ke tanah.. Mana satu yg betul ye? Klu x beli set pengurusan tu apa yg perlu sy sediakan supaya suami x kalut nnti.. Garam, asam jawa, kain pembalut.. Betul tak? Ada ke yg kurang? Cara cuci dia plak mcm mana eh..

19 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Orang kata treat uri macam mayat sebab itu salah satu bahagian badan kita dan menurut kepercayaan ada ken mengena dengan kehidupan baby didunia sbb sepanjang dalam perut uri tu la peneman anak kita. Gitu.. Sy siapkan bahan2 untuk urus uri sendiri je sis tak perlu beli set. Sy sediakan: -garam -asam keping -kain putih dan tali -tempurung Garam dan asam keping untuk cuci uri hilangkan hanyir. Kemudian balut dengan kain dan ikat. Dan letak dalam tempurung untuk elak bau uri mudah dihidu binatang. Akhir sekali tanam... Uri, kain dan tempurung lama2 akan hancur dalam tanah. Selamat persekitaran. Jangan guna plastik ya

Đọc thêm
1y trước

Plastik lambat reput dan bila reput akan meninggalkan kesan tidak sihat kepada persekitaran. Sebab tu di malaysia kalau beli barang dah tak dapat plastik sbb kita nak kurangkan pencemaran alam sekitar

Saya nak jimat saya cari sendiri barang barang tu sebab actually dah ada pun barang barang tu dekat rumah. Saya beli uncang kain (sebab lebih mudah boleh ikat terus) harga rm2 je kat apps color orange tu. Yang lain contoh, garam kasar, asam keping dengan asam jawa semua dah ada kat rumah. Glove pun dah ada so guna apa yang ada je. Tapi kalau awak ada budget nak beli satu set tak salah pun, beli je :) Cara nak tanam uri tu saya suami tengok youtube je.

Đọc thêm

Uri ni bila dah keluar jadi bangkai. Mudah je nk uruskan uri. Basuh bersih2 sampai hilang bau darah. Lagi bersih dari darah lagi bagus. Tak perlu letak asam jawa ke asam keping ke limau semua. Kalau setakat nk hilangkan bau hanyir darah, then its ok. Lepas tu boleh bungkus. Tanam dalam tanah. Tak kisah berapa dalam. Yang penting binatang liar or binatang tak dapat hidu bau uri tu n korek.

Đọc thêm
1y trước

uri ank hari tu suami sy balut guna kain napkin . ada org bli kain putih kt kdai kain.

Kalau nak senang lagi you beli set pengurusan uri ada yang plastik and jenis tembikar, bagi i benda tu tak penting tapi lengkap dan mudah sebab dah dalam satu set, i kerja kat kedai baby, kalau set uri ramai sangat bapak bapak beli maybe tu nak mudahkan dorang laa, kalau jenis yang takut nak pegang uri kat set tu ada plastik, sarung tangan, apron, asam keping, garam semua ☺️

Đọc thêm

Saya pernah tolong makcik saya dulu basuh uri kakak ipar saya punya, dia basuh bersih2 and guna air asam jawab cuci utk hilang bau. Tapi jangan bungkus bila nak tanam. Tanam direct ke tanah. Orang cakap tak elok gitu sbb melambatkan pelupusan uri. Dgr ceramah pun ada kata terus tanam direct. Kalau boleh lepas tanam tu tindih batu atas tu. Takot ada haiwan liar korek.

Đọc thêm

sy pn ada terfikir nak beli set pengurusan uri tu. tp bila difikirkan nk jimat cermat, sy nak sediakan sendiri aje sbb brg² tu semua senang dpt kt kedai². cara² nk cuci plk, sy search kt goole xpn kt tiktok ada video cara nak cuci uri tu. tp kalau u ada bajet lebih, xsalah nk beli set pengurusan uri tu. xsilap sy ada je set uri yg xguna pasu tanah tu.

Đọc thêm
Influencer của TAP

suami sy pula nak beli sndiri bahan dia untuk urus uri. kain putih da ada. tinggal da beli garam, asam jawa dan limau (boleh cari kat google) yg kat shopee, bahan sama je. dia just tambah apron plastik, sarung tgn, pasu tanah/kain putih. so terpulang pada kita kalau ada bajet lebih. cara cuci uri, kat video youtube ada je.

Đọc thêm

kalau uri lepas bersalin terus balik utk uruskan tanam semua senang je basuh air biasa letak dlm kain tanam.. tp kalau dah lama maybe lekat bau so kena hilangkan bau tu lumur garam ke asam jawa ke limau nipis ke pastu letak dlm kain tanam..

tak perlu set bagai atau buh bnda mcm².. cukup basuh bersih² gaul dgn garam kasar bilas lg hingga bersih.. jgn kasar sgt takut pecah.. dh siap basuh bungkus lh dlm kain tanam biar dlm supaya tidak dimkn oleh binatang dan mahkluk halus..

suami sy beli set siap2. dkt situ ada cara nk buat step by step..masa sy bsalin ank 1st suami buat sndri dgn kwn dia sbb sy bsalin hmpir tgh malam..so misi bg uri kt suami dlm pkul 1am. dan suami settle basuh tanam uri dlm pkul 2am.