BAGI ANAK MAKAN SEUSIA 5 BULAN

salam,maaf bertanya,boleh ke saya bagi anak saya makan seawal usia 5 bulan? sekarang berat baby dah 8kg. bagi minum susu tak cukup . atau boleh saya campur nestum dalam susu?

4 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Pagi pagi lagi bikin panas... Baca status ni saya geram dan marah masih lagi ada manusia yang tidak berhati perut buat anak orang macam ini.. Selalu saya nampak dan dengar keadaan begini Menjaga hati orang lain sehingga anak sendiri yang sakit. Banyak sangat salah dalam 1 posting dan saya akan tunjuk satu per satu 1. TIDAK BOLEH BERI APA APA MAKANAN DAN MINUMAN SELAIN SUSU SAHAJA Bawah 6 bulan tak boleh bagi apa apa selain susu ibu/susu formula yang dikhaskan mengikut usia Susu segar tak boleh Susu sedia diminum tak boleh Susu untuk 1 keluarga tak boleh Susu tin (cremaer,sejat,pekat manis) LAGI tak boleh Ni nak pulak suap ais krim dan kek????!!! Usus baby belum cukup matang nak terima semua tu lagi Jika ada masalah usus, masalah tidak menghadam, masalah membuang siapa yang akan bertanggungjawab? Adakah mereka yang gatal tangan menyuap sedia nak bersengkang mata, mengeluarkan kos untuk menjaga anak yang mungkin akan cacat seumur hidup akibat suap macam macam tu? Tu kalau hidup..kalau meninggal akibat perbuatan tu? Nak kena saman? Nak ke mahkamah? Setiap kes anak yang meninggal bawah 5 tahun akan menjadi siasatan polis. 2. NO SALT & SUGAR bawah 1 TAHUN Ya allah anak tu tak kenal pun apa yang masin apa yang manis Kita je yang gatal nak makanan sedap bagai Sepatutunya fokus utama bawah 1 tahun adalah memperkenalkan - makanan berkhasiat selain susu - melihat allergy yang mungkin ada dari makan - tekstur yang pelbagai untuk bantu perkembangan baby Bukan untuk bagi anak makan sedap ke tak Ni apa yang gatalllll sangat tangan nak bagi ice cream and cake lagi???? Nak anak jadi picky eater? Semua benda nak ditolak kecuali yang manis Nak anak kurang zat? Bila berat naik perlahan atau tak naik mulalah nak bising nak kalut cari produk sampah dan supplemen bagai untuk bagi dekat anak...tapi asalnya salah siapa anak jadi begitu? 3. TEGUR BILA ADA KESALAHAN Orang berusia bukan selalu betul Tiada istilah 'Aku makan garam aku lebih tahu' 'Aku suap kan kamu dan adik beradik kamu macam ni elok je besar tak mati pun' Hai zaman dah makin maju..nak jugak ikut zaman tok nenek lagi? Zaman dulu hidup macam mana? Kalau nak jugak macam tu Tak payah ada smartphone 24jam dekat fb Tak payah guna kereta, jalan kaki je ke mana mana Tak payah makan di restoran, semua masak guna kayu api Tahu tak kadar kematian anak dan ibu dulu macam mana? Disebabkan teknologi makin maju, ilmu makin meluas dapat kurangkan statistik kematian tu semua Boleh pulak patah balik ke zaman tu..aissshh.. Jangan risau nak tegur orang tua.. Itu anak kita..itu hak kita..bukan hak mereka lagi.. Itu amanah yang telah diberi kepada kita untuk dijaga.. Kalau tak tegur,takdir jadi apa apa dekat anak apa yang anda nak jawab dekat 'sana' nanti? . . . Tolongla mak ayah kalau salah tegur... Jangan biarkan sahaja walaupun itu adalah ahli keluarga sendiri Tunjuk kes kes baby yang maut akibat diberi makanan terlalu awal Nak tunjuk posting saya dekat bawah ni pun boleh https://m.facebook.com/groups/128634077976452?view=permalink&id=352708532235671 Sekian Dietitian fizah sobri

Đọc thêm
Post reply image
2y trước

ni contoh. awak boleh baca penerangan dr dietitian nu

awak boleh baca penerangan ni. dan jangan lupa click link yg dishare sekali yea Masih ada lagi yang dok tanya sana sini anak bawah 6 bulan boleh makan atau tidak. Jawapannya TIDAK. Malahan ada yang bilang jururawat di Klinik Kesihatan suruh makan seawal usia 5 bulan. Haih. Dah kenapa. Belajar dah bukan saranan untuk mula makan masa umur berapa? Lainlah kalau doktor cadangkan makan awal atas alasan tertentu! Jururawat jangan nak pandai-pandai ya! Jika anda rasa bayi kurang zat makanan, refer kepada doktor/pegawai pemakanan. Bukan anda cadang beli supplement itu ini, bukan anda cadang buat itu ini, kecuali vitamin yang dibekalkan di klinik setelah ditulis preskripsi oleh Medical Officer. Itu lain cerita. Dibawah ni link berkaitan kenapa tidak boleh beri anak makan. Berbuih mulut misi pesan. Naik cramp jari menaip pesanan demi pesanan. 1. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2338658509478418&id=100000028740033 2. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1551901468154130&id=100000028740033 Ini merupakan tulisan berkaitan bayi dan pemakanan sewaktu usia mencecah 6 bulan keatas. 1. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1931529116858028&id=100000028740033 Tolong jadi ibu yang berilmu. Jadi ibu yang tahu apa yang terbaik untuk anak. Sudah-sudahlah #ibumuda #ibupertamakali Dengarlah #ibutua ni nasihat adik-adik oii. #BelNawhen

Đọc thêm

Guideline diberikan 6bulan keatas. Bawah dari tu, keperluan baby masih SUSU. Untuk beri seawal tu, sila minta advice doc. Jangan ikut orang.

trus terang x sume bby ssuai mkn below umur 6 bln.. mgkin ade baby yg ok, mgkin ade jgak yg x ok.. npe nak amek risiko? tggu je lg sbulan mommy..

2y trước

awak kena mention kalau below 6m yg boleh makan ni selalu nya atas arahan paed/doctor SAHAJA. takut nnt mommy lain igt boleh suka2 bagi dn tengok keadaan baby tu okay ke x pula lepas mkn😅