Salam, sy nak buat luahan perasaan. Sy skarang tgh 22 weeks dan sy ibu hamil yg mmg menghidap anxiety yg kena refer psikiatri sejak sebelum mengandung. Sy start sedar kena anxiety tahun 2022. Dan benda yg triggered sy anxiety ialah mak mertua sy yg narsistik. Sejak awal kahwin mak mertua sy suka kawal semua dan semua benda kena ikut ckp dia. Dan dia aje kena betul. Kalau sy tak ikut ckp dia, dia akan memberontak, sampai cari gaduh dgn sy pulaukan sy dgn husband, hempas brg sana sini, ada masa naik suara kat org lain nak tunjuk dia protes, perli2. Dan sy pernah sampai kena cium kaki dia minta maaf hanya gara2 tak cuci baju suami sy sehelai sbb time tu kami pjj, suami yg insist kata sehelai takpa je, balik nnt cuci sbb tak sempat, dia tegur sy dan gaduh sampai nak jumpa family sy segala. Padahal mak ayah sy pun sy tak pernah cium kaki. Kemuncaknya, bila tahun 2022 suami kena outstation waktu tu kami dah duduk sekali, sy balik uma ibu ayah sy sbb dr sana tak jauh dgn uma sy dan boleh sy ulang alik pegi keje sementara suami sy kat outstation. Dia punya mengamuk bila tahu ya Allah, dia marah suami sy, dia kacau mak saya, call hari2 sampai mak saya stress konon nak luah kata sy degil la apalah, lepastu dia kacau juga kakak2 saya, call2 nak jumpa n stalk kakak2 saya nak tahu saya kat mana n buat apa sbb kakak saya rajin update. Sy kesian kat family sy sampai sy kena panik attack gara2 dia, tak boleh nak buat kerja seminggu kemurungan sampai kena makan ubat. Semenjak diagnos anxiety, sy belajar keraskan diri, buat taktau. Tapi faktor dia masih triggered tu ada sbb sy pendam dr 2018, sampai sy penah ada cubaan nak membunuh diri dulu. Bila saya buat keras sikit dan suami pun mmg buat keras sikit, mmg kami buat taktau je lama2 dia diam kejap walaupun masih ada perangai lamanya tak boleh tengok kami bercuti family kecik kami saja, kena report kat dia n bawa dia lagi, bila kami tak bawa, merajuk marah taknak ckp dgn kami. Dan sekarang bila sy hamil, sy lagi mudah stress bila nak jumpa dia. Bila dia call pun saya rasa malas sangat nak angkat sbb nnt sy anxiety lagi sbb dia jenis call ulang2, pastu bising dlm group family kata mana kami hilang. Sekarang ni dia mcm slow2 nak kawal kami lagi, dan sibuk asyik nak dtg uma siap tido berhari2 kdg2 lagi menambah sy stress. Dtg uma sy komplen itu ini, siap tlg kemaskan rumah, alih sana sini, siap suh sy beli itu inilah apa. Sy tak berapa gemar. Jadi bila dia nak dtg, nak jumpa dia je sy terus rasa anxiety sy dtg lagi. Macam mana saya nak handle ya. Saya pun taktau. Sy penat kadang2, penat mental, penat fizikal. Bila bagi alasan tak kasi dia dtg mulalah buat perangai. Malas sungguh nak hadap. Entahlah. Kdg2 rasa penat nak hadap, bila mengandung ni lagi cepat triggered emosi dgn anxiety tu. 🥲
Anonymous