Delivered 38w 1d
Salam. Sy dah bersalin secara normal 38w 1d. Alhamdulillah,urusan sy dipermudahkan. Pagi semalam perut sy mengeras disertai rasa nak membuang air besar. Sy masuk ke tandas,tp tak juga berak. Lepas tu,perut sy mengeras lg disertai dgn badan sy mulai menggigil. Rasa tak sedap hati sy terus mandi. Sy ajak husband ke hosp,sampai hosp pukul 10 pg. Nurse buat VE,masa tu 3cm. Sy terus ke labour room dan buat ctg. Masa tu Allah je yg tahu kesakitan sy alami,bila dah 7cm doc bantu pecahkan ketuban. Kejap je lepas tu sy selamat melahirkan baby boy pukul 11.20pg. hanya 1 jam 20 minit jarak sy bersalin masa sampai di hosp. Skrg sy dah discharge dr wad. Baby pun dah buat bsp dan semua ok. Sy doakan semoga ibu² yg belum bersalin dipermudahkan urusan. Banyak² berzikir semoga dikurangkan kesakitan
Mama to 2 cuties daughter and 1 handsome baby boy