Pregnant dan tak puasa
Salam, siapa kat sini alahan pregnant teruk time bulan puasa? Saya tak puasa sebab mmg tak tahan kalau tak makan, kesian kat suami puasa sorang2😢 saya nak masak pun tak boleh n tak larat sgt.. berdiri kejap dah sakit itu ini, bau tumis2 pun tak boleh. Semua makanan beli je. Kadang suami yg masakkan untuk saya sbb sy mmg tak masuk dapur langsung, kesian pulak.. rasa menyusahkan 😭😭
takpa tengah alahan jangan paksa diri nak puasa semata kesian pada suami atau sesiapa. sis kena jaga kesihatan & kandungan tu yang lagi penting. cuma sis perlu jelaskan pada suami biar dia faham yang sis bukan taknak puasa dengan dia cuma tak tahan bau, nak masak pun tak boleh, tak larat semua tu sebab masih ada alahan. insyaAllah suami sis faham rasanya tu. sebab tu dia tolong masakkan sekarang atau belikan makanan. kalau rasa menyusahkan sis ucapkan terima kasih bila suami bantu sebagai tanda menghargai kasih sayang dia. nanti dah hilang alahan sis masak la semula untuk suami.
Đọc thêmIts ok awak. Kalau memang alahan teruk tak perlu pun puasa. InshaAllah suami faham tu sebab tu dia tolong masakkan. Tak boleh puasa pun, still boleh je teman suami makan berbuka sekali. Dah memang keadaan jadi camtu kita tak minta pun. Jgn lupa ckp thank you tiap kali suami tolong. Kita boleh tolong cara lain nak appreciate suami sbb faham kita ☺️
Đọc thêmSama lah saya memang alahan terok sekarang baru 6 week masak pon husband balik keje suh dy masak kesian tgk xboleh nak tolong ,memang xboleh nk masak ,bau xboleh,nasi pon mmg xtersentuh skrg makanan lain okey.smpai husband pening sbb kiteorang first baby🙂 terutama tiap kali bgun pagi sahur ataupun bangun dari tidur memang akan auto muntah🥺
Đọc thêmkita sama 😌 saya pun tak puasa sebab alahan teruk sangat2 ..masak pun tak ..semua suami buat sbb tak mampu nak tahan 😢😢 syukur awak msih mampu nak makan..kalau saya ..sikit pun tak dpat masuk mlut 😭😭😭😭😭 cuma mampu mnum air kosong dgn makan roti je sbb kdg2 perut sakit sbb tak dpat makan
sye dh 4bln pun mkn lauk bungkus je..hubby belikan setiap lali sblum pegi kje..skrg dh 19week alhamdulillah, allergic bau still ade tpi dh bleh consume semua jenis mkn..loya dan angin still ada tpi sye bersabar dan berehat..dh 4hari puasa tpi larat 2hari wat mse skrg sbb bby mengeras dan stress
its ok.. saya mcm tu juga.. rasa bersalah kat suami.. lepas tu suami ok dan ingatkan saya bersyukur.. lepas tu saya baca , kita kena redha dgn kehamilan. so, redha, syukur dan sabar hadapi ujian kehamilan enjoy your pregnancy journey. all the best 👍👍👍
Đọc thêmSy 4 bulan suami uruskan diri sendiri dgn uruskan sy sebab mabuk teruk.. Urusan rumah, masak, basuh baju, apa semua suami yang buat.. Nak buat macam mana, memang tak boleh buat apa² selain muntah².. Seronok dapat suami yang faham keadaan kita..
Saya masuk week 9, baru teruk, sahur muntah, berbuka muntah. Asal makan mula la nk muntah, lepas tu pikir nk makan apa ni. Asal makan je muntah, bukan sikit, keluar semua pulak tu, seblum ni mual je, tak muntahh. risau betul😢
samalah mcm sy skg🥺 Kesian tgok suami makan pksa dia masak sndiri balik dri ambik anak sekolah tgahari terus g dpur.. sy lngsung takboleh hidu bau dalam dpur auto mual loya😅 Dah 11minggu masih mabuk lagi ni hehe..
Itu tanggungjawab masing2. Tak perlu rasa bersalah, chill sudah. Nak lg senang, order je😂 btw, wajib puasa. Tak larat baru diboleh berbuka. Nti ganti + byr fidyah
seorang ibu ❣️