Stress otak dengan family sendiri

Salam semua. Saya taktahu la nak buat mcm mna skrng. Stress kepala dengan family sendiri. Tak tahu nak luah mana dah. Saya nikah pkp mmg takde bagi hantaran ape smua. Kenduri pun tak buat belah saya. Lagi2 saya dngan suami ni kite jauh2. Means saya sarawak, husband kl. Perkahwinan dah 3 tahun lebih dah ni. Anak pun dah ade sorang. Skrng ni kes dia family saya nak buat kenduri belah kitorang sbab katanya mmg adat. Hantaran pun dia minta 20k. Lagi2 ayah saya yg suka berhutang tu dia suka hutang sana sini skrng ni ade nak kutip hutang 8k dia tak dpt bayar. Terus2 dia sergah bapak mertua saya nak kutip 20k secepatnya nak buat kenduri katanya. YaAllah malu weih saya bila dpt tau. Saya dah bnyak kali dah alihkan tumpuan pasal kenduri2 ni , skrng sbabkan hutang ayah je terus2 dia call inlaw pasal kenduri and nak hantaran. Mana saya nak letak muka saya ni. Dah la inlaw mmg baik sngat sngan saya. Mmg diorng mampu tp malu la bila kena buat mcm ni oleh ayah sendiri. Rasa nak tikam je diri ni bila dpt ayah mcm ni. Duit epf last year kluar pun ade 170k sekelip mata je habis dia guna. Boros sngat. Hutang smua dia xbayar2. Saya nak je ckap kat diorng amik la duit hantaran tu buat la kenduri sendiri2 je, saya xnak involve dlam kenduri tu..

5 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

Allahu.. Kena terangkan kat keluarga mertua dgn sikap ayah tu. Minta maaf walaupun diri tak buat salah. Ya, jika bapa sendiri suka berhutang dan tak bayar, buat tak tahu je walaupun akan hadapi perkara yg sama. Dan jika ada keberanian, cakap terus terang dgn bapa yg puan tak selesa dgn sikap dia, bukan nak biadap, tapi tegur. At least puan dah tegur. walaupun akan terjadi apa jua kemungkinan selepas itu, tanggungjawab puan sbg anak teruskan berbakti kpd kedua ibu bapa. .

Đọc thêm
9mo trước

setuju.

Kalau sis ada duit tlg je la byr hutang tu drpd mntak kt bapa mertua. Xyah buat kenduri. The reason family awk nk buat kenduri semata2 nk duit tu je sbnarnya kn? Guna kenduri sbg alasan.. hmm.. itu klu sis ada duit la, klu xde.. hmm tah lah.. duit rm170k tu bg sy byk la jgk, tp klu boros cmtu terus abis nyusahkan family pulak

Đọc thêm
9mo trước

Kami mmg ok nak tolong bayarkan. Masalah skrng ni sbab ayah trus terjah bapak mertua tanpa bincang dengan kami dulu. Kami pun terkejut. Husband ckap dah ape2 ckap dngan kami dlu jgan libatkan parent dia. Husband blh tolong klau pasal hutang. Ni skrng ni kes kecewa dngan tindakan ayah yg tak jaga side kitorang sini

kne banyak kan bersabar,berat mcm mne sekali pn ujian igt Allah ade,jgn fkir negatif sis..klau sy pn malu mertua dh baik keluarga sndiri plak bermasalah tpi jgn smpai nak bunuh diri..mudah mudah Allah permudahkan urusan sis sekeluarga ye..bincang elok² dgn fmily..

Bgtau dekat inlaws awk yg awk xnk buat kenduri dan suruh je diorang jgn layan kalau bapak awak cakap pasal kenduri. Dia bukan nak buat kenduri sgt tp nk duit je sbnarnya

Influencer của TAP

Mmg ade je kluarga jenis mcm ni. Taktau la nak ckap mcm mna but stay strong sis. Smoga dipermudahkan urusan sis and family. 🫶🏻