Asma/lelah atau hidung tersumbat biasa?
Salam semua. Bayi saya berusia 4 bulan, sekarang ni nak kata demam pun, macam tak. Sebab cuma tapak tangan dan tapak kaki sahaja yg terasa suam², tapi bahagian lain tiada rasa suam mcmtu. Ada siapa² yg boleh kongsi? Dan kemudian, dia sukar tidur sebab macam ada masalah bernafas. Tapi saya sendiri tak sure sama ada lelah, atau hidung tersumbat biasa. Kadang² ada hingus meleleh, kadang² tiada. Tapi gaya pernafasannya agak menakutkan, sebab agak laju dan kuat. Mohon pandangan semua =)