Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Beberapa hari selepas melahirkan, ia mungkin menjadi masa yang paling mencabar bagi ibu-ibu. Tempoh ini boleh menjadi lebih mencabar bagi mereka yang bersalin secara Caesarean atau pembedahan. Walau apa pun kaedah kelahiran yang anda lalui, seorang ibu perlulah mendapatkan rehat secukupnya. Untuk anda yang bakal melahirkan, pastinya anda menginginkan persalinan secara normal. Namun jika terpaksa melalui pembedahan, apa yang perlu anda persiapkan? Bagaimana pula dengan penjagaan selepas melahirkan? Tentunya berbeza dengan bersalin secara normal. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk Sesi Tanya Pakar kali ini. Tanya soalan anda tentang persiapan dan penjagaan selepas bersalin Caesarean bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti pada 23 March 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. #SesiTanyaPakar #KlinikSiti #DrNurIzzati #ChiefResidentKlinikSiti

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Izzati Hazwani Ahmad Nordzri, Chief Resident, Klinik Siti
17 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Dr, saya nak tanya mcm mana nak kirangkan sembelit semasa mengandung?? sebab saya kerap sngt sembelit even sya dah makan buah buahan, minum air secukupnya dan banyak makan sayur hijau hijau

Saya pun nak tanya macam mana nak tahu luka kita tu elok ke tak. Jahitan luka saya masa checkup kk doktor kata okay. Cumanya atas perut saya tu yang macam sakit.

2y trước

Luka dalam biasanya mengambil masa 2-3bulan untuk sembuh sepenuhnya. Puan boleh melakukan ujian ultrasound untuk melihat sama ada puan mengalami kesan sampingan selepas csection seperti ‘scar dehiscence’

saya nak tanya..bayi Sya dh nak masuk setahun 2buln..tp belum berjalan lagi..berdiri panjat dh boleh..x ad pape ke ye kalau lmbat berjalan

2y trước

terima kasih..

Assalamuaikum doc sy nak tny anak sy bru 2mnggu tp dia kurang buang air besar normal ke tp dia kuat mnyusu , dn blik2 buang angin

nak tanya kalau kandungan genap 35 minggu tu kerap mengeras adakah perkara biasa

Hi nak tanya , bila kita akan rasa pergerakan baby? Now saya baru 10 minggu

2y trước

Depends pada orang.. kebanyakan 18minggu ke atas..

normal tak Klau baby xgerak usia kandungan 22 minggu

2y trước

Maksud awak, awak yang tak rasa pergerakan baby ke? Sebenarnya baby bergerak dalam rahim. Ikut kepekaan masing masing. Ada yang tahu detect, ada yang tak.