6 Các câu trả lời

x silapnya sehari jatuh rm4.00 Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad). Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2019, secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 4.00.

saya bayar online shj.. boleh bayar di website zakat negeri masing2. kalau wilayah bayar kt maiwp ini linknya https://www.zakat.com.my/ , bayar online senang sebab dh ada kalkulator fidyah kt website.. haritu saya bayar berapa hari tinggal puasa darab rm4 (contohnya ; 25harix4=rm100)

klu mcm kes saya mcm mana pula ye,sy ada gdm dan seblum puasa mmg kerap hypo,bulan puasa tu saya tak puasa sbb risau sy hypo,dktor pun tak suruh sbb risiko hypo tinggi,,kena bayar fidyah dan ganti puasa jg ke?

kalau awak tak puasa sebab risaukan diri sendiri sahaja tak perlu bayar fidyah, tapi awak masih perlu ganti puasa nanti tau... & kalau ibu mengandung tak puasa sebab risaukan bayi dalam kandungan perlulah bayar fidyah dan ganti puasa

kalau ganti puasa sblm puasa tahun dpn x perlu byr fidyah. kalau x sempat gnti sampai puasa bru kena byr fidyah + gnti puasa.

kena byr fidyah jugak sbb dia tinggalkan puasa kerana risaukan kandungan

saya bayar fidyah beras 10kg dan saya kena puasa ganti 8 hari.

boleh baca ni

Câu hỏi phổ biến