salam. saya ibu baru, bayi saya 2 bulan lebih nak masuk 3. saya ada isu sedikit tentang keluarga mertua saya dan saya minta cadangan dari ibu2 yang dah veteran.
sejak saya balik ke rumah saya dari habis berpantang di rumah mertua, mereka setiap minggu ambil anak saya tidur dengan mereka dari jumaat sampai ahad. pada mulanya saya bagi sahaja tapi bila dah start ambil anak saya mengejut dan tidak pulang2 balik sampai susu saya bengkak, saya mula nak set boundaries antara mereka dan anak saya. bila mereka juga start bawa keluar anak saya malam2 tanpa izin saya, saya pun agak berat nak bagi anak saya.
bila turn family saya nak jumpa anak saya mesti dia ada dengan mertua, katanya ada saudara jauh nak jumpa lah, rindu lah, dan mereka suruh family sayang yang datang jenguk anak saya kat rumah mereka.
start beberapa hari lepas, saya dah restricted untuk tak bagi anak saya setiap minggu pada mereka. saya tanya pada suami adakah tindakan saya ni melampau? sebab saya tahu ibu mertua saya akan terasa dan anggap saya pisahkn dia dengan cucu nya. suami saya cakap kalau itu saya rasa terbaik, dan takda salah pun sebab saya ibu pada anak saya.
cuma saya nak tanya pendapat ibu2 veteran, tindakan saya ni salah atau betul? dan apa cadangan lain patut saya buat? saya cuma tak nak anak saya berjauhan dengan saya sebab saya ada separation anxiety 😥 #bantujawab #ingintahu