2 Các câu trả lời

Hukum aqiqah adalah sunat muakkadah (dituntut) bagi yang berkemampuan. Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

saya kopipes dari artikel yang saya baca tau 🤗 tiada sebarang dalil yang mengatakan tentang melaksanakan Aqiqah di Mekah adalah lebih barakah berbanding di tempat sendiri “Sesungguhnya disisi mereka bahawa Aqiqah dianggap seperti korban, dimakan (sebahagian) dan diberi (sebahagian).” - Riwayat Ibn Abi Syaibah. adalah lebih afdhal (paling terbaik) melaksanakan Aqiqah di tempat sendiri, supaya dapat menyempurnakan tiga perkara sunnah atau perkara yang lebih afdhal dilakukan semasa Aqiqah seperti yang dinyatakan dalam hadith diatas. Yang pertama, makan sebahagian daging Aqiqah. Kedua, menghadiahkan daging tersebut kepada saudara mara dan jiran. Ketiga, mensedekahkan daging tersebut kepada fakir miskin. Jika melaksanakannya di Mekah atau di mana-mana tempat yang jauh dari kita, mustahil untuk kita makan sebahagian dari daging Aqiqah tersebut, maka tidak sempurnalah satu perkara sunat semasa melaksanakan Aqiqah tersebut

akikah ni sunat yg dituntut. saya pon baru plan nk buat akikah anak saya yg 2 tahun sbb baru berkemampuan. dia tak kira umur brp puan. cuma sunatnya selepas 7 hari kelahiran

owhh ya puan...saya pun tengah pening buat akikah Malaysia atau Mekah

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan