Puan A:Doctor sakit gigi saya. Takleh makan. Rasa dah bagi penampar je. Doktor:Puan mengandung ye. Dah berapa bulan ye. Saya periksa gigi dulu ye. Puan A: Aha doctor saya pregnant. Doktor :Ok. Dah berapa bulan ye . Puan A:3 bulan doctor. Boleh ke saya cabut gigi doktor Doktor: oh, sakit jadi mahu cabut la. Ini situasi biasa yang saya hadapi. Boleh ke cabut gigi semasa mengandung? Jawapannya sangat boleh tapi tidak digalakkan. Persoalan yang betul adalah bila waktu yang sesuai untuk saya cabut gigi sewaktu saya mengandung. Kebiasaannya ibu mengandung tidak digalakkan untuk mencabut gigi semasa trimester pertama. yakni dari bulan pertama mengandung sehingga bulan ke tiga. Ini kerana kandungan masih baru. Semasa 3 bulan pertama pembentukan organ-organ dan bahagian muka keseluruhannya. Fasa kritikal adalah apabila kandungan berusia 5-8 minggu. Fasa pembahagian sel fetus. Begitu juga bila kandungan di trimester ke 3 (7-9) bulan kerana bimbang kelahiran pramatang. Semasa trimester ke 3 ibu agak sukar untuk bergerak dan baring di kerusi pergigian. Boleh berlaku supine hypotension syndrome kepda ibu dimana ibu baring dan berada di keadaan yang tidak selesa. Tekanan daah menjadi rendah disebabkan baring. Kebiasaannya waktu yang Paling sesuai untuk mencabut gigi adaalah sewaktu trimester kedua (4-6 bulan). Kebiasaannya ini yang kami syorkan. Hanya kes yang amat perlu kami lakukan kalau tidak kami nasihatkan untuk lakukan selepas kelahiran bayi.. Tips mudah untuk ibu mengandung a. semasa mengandung wajib ke klinik gigi untuk dapatkan pemeriksaan mesti memberitahu doctor bahawa kita mengandung b. setiap kali selepas makan atau muntah hendaklah berkumur-kumur atau minum air masak bukan air manis c. kurangkan minum minuman bergas atau asam-asam kerana ia menghasilkan asid dan membuatkan gigi cepat haus dan sensitif Penyakit gigi boleh dicegah. Pencegahan sangat murah. Bila kita sakit rawatan itu yang mahal. So mahu mana ibu-ibu yang murah ke yang mahal. Cegah penyakit gigi mudah je la beb! Credit Dr Wan Nurhana
Edayu Hamid