Berpantang masa raya

Salam mommy semua,duedate saya hujung bulan 3 ..raya pulak 10/4 ..so macam mana nak handle tetamu yer waktu pantang tu ?saya tggal dgn suami dan anak sulung saya jer ..mil/fil,adik bradik ipar smua mesti nak dtg tngok cucu😅 tfikir jugak larat ke nak masak waktu pantang tu😅#pleasehelp #ingintahu

16 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya due 1/4/24 , 10/4 tu rasanya suami dah habis cuti ... saya tinggal dgn ibu sndri jeh dan saya sorg jeh dah kawen dalam adik beradik, InsyaaAllah takde sape dtg jenguk hehe . sebab dah kata dengan suami raya nnti saya dalam pantang... kadang2 mak dia pon susah juga nak faham tapi InsyaaAllah suami cuba pujuk mak dia dgn family dia untuk tunggu dulu . Skrg pon macam risau takut ada yang kecil hati . Tapi belah suami dah ada 20 cucu 😅 minta2 takde yang excited sangat lah sebab tiap tahun ada yg beranak belah suami . Cuma mungkin terasa sikit sebab raya tak balik . Suami je la pegi tunjuk muka kejap sebelum pegi kerja nanti . Nak layan orang tu memang tak larat la , tambah pula newborn kerap menyusu , kerap berak . Dengan sensetifnya lagi . 😅Doa banyak2 semoga orang keliling memahami.

Đọc thêm

sy bersalin anak ke 2 masa PKP 1,seminggu sebelum puasa. masa tu semua org beraya dirumah sendiri ja sebab tiada kunjung mengunjung dibenarkan. masih dlm fasa berpantang,sy tiada masak juadah raya. tp Alhamdulillah jiran² sy baik hati hantarkan sy lauk pauk dan burasak. terasa juga la kemeriahan raya😁😁. masa tu bukan sy tak larat nak masak,cuma susah nak keluar beli barang,payah betul sebab banyak roadblock. dah la masa tu sorg ja dlm 1 rumah boleh keluar dr rumah utk beli barang keperluan. lg pun tiada tamu nak dtg rumah sebab PKP. Kalau boleh sekarang ni sis kumpul duit sikit² utk persiapan raya. 2 minggu sebelum raya sis boleh order ketupat,lauk² dan biskut raya dgn org lain. jd sis tak perlu susah² masak. sis hanya kemas rumah mana yg patut. in shaa Allah family sis faham

Đọc thêm

Wa’alaikumussalam sis . Kalau my opinion better sis bincang dgn suami sekiranya sis ingin berpantang sendiri dirumah better order sahaja juadah raya & beli sedikit kuih raya utk santapan tetamu keluarga & adik beradik . Tapi sekiranya keluarga terdekat nak tengok baby digalakkan jgn cium atau sekiranya nak pegang baby pastikan tangan & kesihatan diri mereka dlm keadaan yg bagus sbb kalau kita nak halang pon kadang takut diaorg terasakan 😅 Cuma apa pon semasa dalam pantang just pastikan emosi & keadaan diri sis dalam keadaan bagus tanpa perlu stresskan diri . Apa2 pon bincang dgn suami utk dia lebih paham keadaan diri sis 😊 Saya doakan urusan sis dipermudahkan

Đọc thêm

Sy due date 10/4.. so raya ptama.. klu awal dr tarikh still kena pntang time raya.. So sy da gtau suami.. raya sy xnak jumpa tetamu.. klu ada pun biar adik bradik je.. tp sy da pesan sediakan kuih2 n air.. andai kata org dtg jgk.. ada la nk jamu2.. tp suh suami la uruskan sbb sy mmg xnak org pgg bby time dlm pntang 🥰 Tambah hari raya.. ramai tngan yg salam sana sini pastu nk pgg bby.. mmg x la hihihi

Đọc thêm

saya pun due 28mac maybe tengah bulan puasa... kita tak tahu layan tetamu sangat... better jgn diri dan bayi . orang nak datang rumah boleh... tp sis jangan LA layan macam kita ni sihat sangat.. selalu org akan faham, mai melawat bayi ni sekejap je... dan kalau boleh jangan BG diorg cium2 bayi newborn tu.. almaklum LA sekarang ni musim penyakit...

Đọc thêm

sy due inshaAllah tgh2 bulan puasa. sy pun cadang nak pantang sendiri. tp raya pertama tu mybe en.suami ajak balik umah mak dia. inshaAllah harap bertenaga la hendaknya pada waktu itu. ☺️ sy lagi risau baby je, sbb tetamu akan dok kerumun baby, sbb ade pengalaman lampau. jadi kali ni sy akan lebih berhati2 x bg tetamu cium2 baby. risiko sgt.

Đọc thêm

due kite Sama 10/4.. bezanya Ni ank ke 7 dah.. Hari Raya tahun depan dh bgtaw semua awal2 kalau dtg melawat ok je tp xde masak ape2 pon.. so diorg kene paham2 sendiri.. xperlu Nak jaga hati diorg sangat.. jaga diri dulu masa bpantang BG cepat sembuh.. tu je sis

Sy awal mac..tapi ntah la mls nk pkir lg 🤣 skrg duk mkir cmne nk beranak dan pantang..1st born..takutttt...mngkin beranak dan pantang dgn husband je..family jauh..raya pon mngkin tak mcm pkp dlu 😂

Sy pn sama berpantang masa raya. Plan nak berpantang sendiri..Hmm disebabkan soalan sis ni, sy terfikir sy rasa sy nak balik rumah mak sy la time raya tu . So sy xyah buat pape 😅

Sy 31-3 smgu nk rya.. Tp nsib lah sy pantg d rmh mak.. 🤗Hah alang² sroh jew trtmu bwak kuih rya smbil lwat bby😙