Ubat

Salam mommy. Bakal mommy2 semua ada dapat ubat macam ni dari klinik tak? Sy first preggy dan ini first ubat doktor bagi. Katenya ubat baru.. Sy makan ubat ni lepas tu muntah. Normal ke?

Ubat
101 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Ubat ni dari zaman kakak saya pregnant 2010 dah ada. And now doc suruh saya makan ubat ni. Tp sy tk boleh telan. Mmg saya muntah teruk. Bau ubat ni mcm besi. So saya tak tahan. And then doc suggest sy beli Maltofer dkt farmasi, flavor coklat and kunyah. Sedap sgt.

Sy makan ubat ni sebulan lepas tu maklum pada misi asik muntah2, pastu misi tu bg tukar ubat iberet..klu makan ubat pastu muntah nnt ubat xde effect..pada saya iberet lagi better dr zincofer..cuba refer KK or klinik klu dpt tukar ubat iberet sbb fungsinya sama..

Mungkin awak x sesuai makan ubat tu kot...doktor bagi saya makan ubat ni.. Alhamdulillah ok.. Cuma lepas makan ubat tu saya x bia perut kosong lama.. Confirm pening angin naik nsatu bdan heheheh.. If awak x tahan.. Boleh minta tukar ubat lain.... Hehehehe

Thành viên VIP

saya awal kehamilan dapat ubat obimin . then kandungan dah 8 minggu nurse bagi zincofer ni . saya tak serasi . muntah dan pening kepala . nurse kata kalau ada simptom tu datang semula ke klinik tukar ubat lain . sekarang nurse bagi iberet Alhamdulillah okay .

4y trước

Sama mcm saya . Boleh tukar ke ubat lain . Beli kat farmasi je . Saya mkn iberet .

Ubat ni utk tmbh drh..n siap sekali smua vitamin dlm tu..ubt ni kuat ..stgah bdn xle trima akan muntah balik..mcm sy...sy tkr iberet..mmndangkn Hb sy pun cmei ..sis klu xle telan jgk..try tnya nurst nk ambik maltofer bleh x..rsa coklat2 sdp sikit xla mual

4y trước

yelaaa kuat betul.. ramai kate muntah lepas makan. My mind set dah takut nak makan.. haha rasanya nak jumpa nurse lama lagu ni. Terpaksa hadap dulu kut

Memang akan rsa muntah bila mkn ubt tu😅,sya 1st preggy & mkn zincofer juga..try mnum dgn limau kasturi atau air oren sanquick..mula2 mkn ubt tu rsa mual,alhamdulillah..bila dah terbiasa mkn & msuk trimester 2 tak rsa apa2 mkn mcm biasa ja..🤗

Saya pon x boleh mkn ubat nie.. Mkn sebelum tido.. Ada 1 mlm tu tiba2 xleh tido.. Terus muntah2 sampai lembik.. Esok tu terus gi beli maltofer kt farmasi.. Alhamdulillah hb naik elok ja lepas tu dari 11.3 naik 13.0🤗 Saya mkn jambu batu sama..

Thành viên VIP

Haah saya pun dpt ubat ni sbb hb low mse first check up.. Tp tiap kali mkn mesti mabuk and muntah smpai kdg2 xlarat di buatnye.. Saya check dkt internet ubat ni kalau mkn mmg akn muntah balik tp risau jgk xdpt nutrien ubat tu

Cuba makan dgn air sunquick tanpa gula. Insyaallah membantu. Vit ni naikkan HB kita yg low. Perlu makan 2 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Tapi better ambik waktu malam 2 jam selepas makan then terus tidur ☺️

Saya pown dapat ubat nyh . Bila makan , kepala pening sangat . Muntah yg terok . Nurse cakap kalau tak oke. Boleyh tuka ubat . Sebab sebelom bagi, dy dah remaind dulu ubat nyh kalau tak serasi bagitahu .