Hi, awak👋 First pregnancy saya was GDM on diet. Rule paling penting untuk GDM tak boleh skip makan atau lambat makan sebab boleh ganggu paras gula turun naik. Bila ada GDM awak still boleh enjoy untuk makan, tak perlu takut😊 Saya kongsikan diet saya hasil daripada advice OBGYN. Harap membantu awak.
- Avoid junkfood/fastfood
- Perlu ada jadual makan yang konsisten. Jangan skip makan dan jangan lewat makan. Jadual makan saya 6x sehari. Breakfast, snacking, lunch, snacking, dinner, snacking. Takde limit last pukul berapa makan asalkan ada jadual makan. Misal kata awak last makan pukul 6pm, waktu tidur should be paling lambat pukul 9. Sebab apa begitu? Bila awak berjaga lama, awak akan rasa lapar tapi awak tak makan sebab awak takut. Inilah penyebab awak akan dapat result hypo untuk esok harinya.
- Amalkan diet suku suku separuh. Suku karbo, suku protein, separuh sayur/buah.
Alhamdulillah walaupun saya ada GDM, pregnancy journey saya tetap enjoyable😊 Semoga dipermudahkan urusan awak.
tirah