post ni dh lama tp sy nak share pengalaman beranak dan ada gdm. gdm kontrol dgn ubat sebab diet je tak jalan.
due date beranak akan dianjakkan 2 minggu lg awal dr tarikh sebenar. Dr minta sy serah diri dekat hospital dan akan di induce. sy hari2 doa dan pesan dekat baby supaya keluar pada tarikh yg Dr tetapkan sebab kalau boleh taknak induce.
Bila serah diri, Dr check bukaan dah 1cm. alhamdulillah tak kena induce. Tersadai jelh dkt situ 1 hari tunggu bukaan full.
Dah 8cm, rasa nak berak makin teruk. nurse bawa pergi LR. Dlm LR tu mmg berzikir je. Penat 7 - 8 kali teran (masa ni xtau cara teran yg betul), alhamdulillah dpt seorang baby yg sihat dan kecik je 2.56kg 😁 nurse gunting masa baby nak keluar, tp tak rasa sakit pun sbb tgh sakit perut 😂
Lepas dah keluarkan placenta aemua, nurse jahit. tp tak rasa apa2 pun. rasanya dia letak ubat bius.
itu jelh. tp secara peribadinya, sy rasa pengalaman sy tak teruk. cuma tak tahan part contraction je. sakit perut mcm nak berak tp kerap2 masuk toilet takleh berak pun... (sbb sakit perut nak beranak 🤣) annoying la sikit sbb takde apa yg kita blh buat untuk hilangkan sakit tu.