Salam mommies semua. Saya umur 30 tahun, 1st pregnancy. Skrg suda masuk 16 weeks. Ada ka sesiapa yang pernah buat ujian urine and detect ada blood & protein dalam urine? Mula2 buat buku pink bulan Mac, bila start berklinik bulan April, tiba2 urine detect protein sampai +4. Then kena monitor BP & urine setiap 2 hari selama 2 weeks. Keluar results 1st makmal, tak detect protein tpi detect blood pula +4. Dah minum ural utk cuci air kencing tpi masih detect blood + protein. Sejak 1st day berklinik kali 2, sy mmg tak minum apa2 manis. Cuma minum air suam, air mineral n air kelapa. Start minum air barli kemarin sbb baca bagus utk kencing kotor. Saya sampai beli urine strip utk monitor hari2 kencing saya sebab dekat klinik cuma pakai 2 strips protein & PH sahaja. Saya beli 5 strips yg boleh detect blood, glokose & ketame sekali. Masih detect blood +3 dan protein +1. Dah buat urine sekli lagi sampai bagi 3 samples, masih detect blood + protein dlm urine. Tapi sy takda simptom air kencing color darah, bau busuk, sakit pinggang, sakit belakang semua tu. Dah jumpa doktor, skrg kena tunggu next month untuk Xray buah pinggang sbb doktor syak mungkin kidney cedera dalam atau kidney bocor atau ada batu dlm kidney. Lepas Xray besoknya kena buat urine sekali lagi & scan baby utk 20 weeks. Harap2 tak ada apa2. Ada tak yang penah mengalami macam saya? #firstmom #ingintahu #pleasehelp
Anonymous