Salam & Hi mommies 🙋🏻♀️
Saya nak tumpang tanya & minta pendapat mommies semua, kalau kita bekerja dalam industry kimia & selalu terdedah/terhidu bau bahan kimia akan memberi effect pada kandungan kita ke? Sebab saya baru lepas keguguran 2 minggu lepas (masa gugur usia kandungan baru 11 weeks plus), and Doctor cakap baby stop growing/terbantut & tak membesar & chromosome yg tak cukup. Kalau besar pun mungkin tak sihat & ada baby defect. Cuma saya terfikir adakah antara faktor nya sbb saya bekerja di dalam industri kimia? Dan memang selalu handle bahan kimia sampai bau kuat even dah pakai double layer mask. Saya ada baca and cuba cari dekat google and memang ada 50-50 results. Tapi apa pun sy redha dengan ketentuan Allah swt. Saya yakin Allah akan gantikan dengan rezeki yg lebih baik. Cuma saya hanya nak tahu kalau mommies semua ada yg tahu pasal ni/ada experience macamni ? Boleh share supaya kita lebih berhati-hati lepasni. In syaa Allah 😊✨