SUSU YANG SESUAI UTK NEWBORN
Hi salam mommies. Saya nak tanya mostly mommies guna susu formula yg mana ye? Anak saya jenis meneran masa berak jadi saya nak cari utk masalah usus atau penghadaman. Dia tak sembelit cuma nak berak tu makan masa maybe sebab newborn kan. So nak susu yg menyenangkan dia. Kadang kesian tengok help mommies #pleasehelp #firstmom
normal. baby nb akan bunyi macam meneran. bukan sebab susu tak sesuai. kalau awak tukar susu pon nanti baby still akan meneran jugak. susu fm ni awak kena try and error. boleh cuba satu2 dulu. sampai jumpa yg serasi. saya takut elok awak tukar susu, susu baru tu pula yg tak serasi dgn baby.
Masa saya dulu, saya guna frisolac untuk baby newborn. Tapi hanya untuk 2 bulan sahaja. Sebab terlalu mahal. Kemudian saya tukar lactogen. So far baby ok. Sometimes ibu2 yang breastfeeding pun kena alert dengan pemakanan masing2, boleh jadi pemakanan ibu yang menyebabkan anak2 sembelit.
Saya pun berfikir mahu ke lactogen sbb baca fungsi dia utk usus & penghadaman jugak. Saya bf campur fm. Itu tengah try and error nak tgk punca dia dari mana kan maseh awak
Kena try & error baby kita x sama wak.. mcm baby saye ok dgn susu Dutch baby je… dah mcm² susu try… semua baby memang meneran bila berak.. klu die berak x keras & x cair tu.. baby tu ok je…
Itulah skrg dia minum similac. Tp campur bf jugak. Risau sbb dia selalu terkincit sikit2/susah nak berak walaupun bukan sembelit. Tp sekali berak mmg lebur pampers 😅
bab meneran tu normal sis.. baby sye smpi merah2 mke pakej nanges lg tp tahi dye ok.. baby x pandai meneran sis.. nant sebulan + bru baby pndai.. bab susu ikut bjet masg2..
yepp baby nb ni mmg mereka akan meneran nmpk mcm sakit sgt tp sbnrnya tu normal bagi mrka sbb kekuatan otot dalaman baby untuk teran tu masih x kuat lg sebab tu baby kita nmpk meneran smpi merah muka tu, kdg baby nangis.. Jadi klu baby x sembelit jika dilihat dri tekstur popoo baby supposed to be ok je x tukar susu.. hehe
wasalam. sy guna lactogen utk newborn. berak meneran mcm sis ckp tu la,tp Dr ckp normal utk baby newborn. sis boleh try susu mahal mcm similac,manatau ngam dgn baby sis.
normal tu sis. baby newborn masih dlm proses belajar lg. ada yg kadang kita ibu² tak tau,baby newborn pun ada kalanya sampai lupa nak berak. yg ni nurse ada bagitau sy. masa tu baby sy tak berak 5 hari,sy whatsapp nurse tanya kalau masa tu ada Dr dkt klinik atau tak. sy bagitau masalah sy. nurse cakap mcm tu la,baby kadang lupa berak. sy risau sebab baby sy bf + fm. Dr suruh dtg klinik lg kalau baby tak berak dlm masa 2 minggu. tp ngam hari ke 10 baby sy berak
Susah jugak nak suggest sis sebab susu ni kena try n error trngok mana sesuai dengan baby
Boleh try Morinaga BF-1, formula susu ni dekat dengan susu ibu and good for penghadaman too.
Ha boleh try mmg cari susu fm yg good utk penghadaman or usus. Thankyou wak!
try buat senaman basikal pd anak..insyallah dpat membantu..🤭
Haha saya buat tiap kali siap urut semua tp mmg makan masa ye dia nak berak tu masa meneran?
Enfalac A+