3 Các câu trả lời
Pengalaman teruk semasa appointment pertama di O&G Hospital Putrajaya. Kononnya datang 1st checkup untuk Skim FPP Putrajaya with Dr Hazim. Harapan musim PKP ni bila bersalin Wad Kelas 1 dengan bayaran Rm2k - Rm5k dapatlah suami masuk teman dalam wad. Tapi harapan tinggal harapan. Dahlah mintak bayaran macam kat Private tapi service hampeh sama je macam kat Govt Hospital. Husband tetap tak boleh masuk. Jadi lagi baik bersalin kat Hospital Awam biasa atau terus pergi Swasta terus. Dahlah masa 1st checkup pendaftaran kali pertama disebatnya Rm185. Tapi hasil checkup sama je macam dekat KK yang free tu uols. Bayar Rm185 sama je timbang berat, check urine, bp, pastu buat 2d Growth Scan dengan Doktor O&G lain sebab Dr pakar takde sambil diperhatikan Doktor pelatih. Selain scan tak sampai 5 minit tu dia catat skit2 dalam Buku Pink lepas tu suruh datang 3 minggu lagi untuk jumpa pakar. Sangat kecewa. Rm185 kalau pergi Private macam-macam boleh dapat, selain consultation suami boleh masuk, dapat ubat sekali. Ni apa pun tak dapat. Dahlah tunggu lama, parking tak ada, tandas kotor, nurse tak mesra langsung dan tak berbaloi ya uols bayar harga Private untuk Service govt. Tolonglah Pengarah HPJ kalau betul2 nak buat service Private di Govt Hospital, make sure bukan CHARGE je macam swasta tapi swastakan sekali perkhidmatan. Sekali rambling dari saya 1st time mom yang sangat2 kecewa dengan #FppPutrajaya #ServiceTeruk #FullPayingPatient Orang tak kisah bayar mahal kalau service bagus. Boleh tak sesapa rekemen tempat lain in Private yg asben boleh masuk teman pandemik Covid 19? Sekian. #firstbaby #1stimemom #pkp2021 #jangandibull
untuk Executive room...boleh bilik seorang atau berdua. Suami boleh tunggu 24 jam juga..dan ada extra bed.
Na