Bayi 9 bulan lebih makan tak lalu

Salam hye mommy semua. Tolong saya. Buntu dah ni. Anak saya sebelum ni dia ada masalah makan tak nak langsung. Tak lama lepas saya resign utk sebulan ni, dia lalu lah nak makan sikit. Masa 6 bulan haritu, dia makan banyak sangat, x lama pengasuh kata dia dah taknak makan. Berat drop dah. Saya risau. Ni saya tunjuk texture bubur nasi (nasi+bayam+telur kuning+serbuk ikan bilis) saya buatkan utk dia. Bila saya bagi makan dia simpan ja makanan tu dalam mulut, lepastu meleleh2 keluar. Saya tak tau dah nak bagi mcm mana lagi. Bulan 7 ni saya dah mula kerja. Boleh bagi nasihat macam mana nak bagi baby saya makan semula. #firstbaby #pleasehelp #seriusnanya #bantusharing #ingintahu #firstmom

Bayi 9 bulan lebih makan tak lalu
4 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hi mom, saya topup a few ya dari komen2 mom yg lain. Ada beberapa perkara dan faktor, kuncinya mom kena banyak kan bersabar dan try & error. Kalau dah tukar texture kasar, anak tak mahu juga, try to basic. Vice-verse. Anak saya pun pernah moody makan, takmahu makan nasi lalu saya beri dia oat+susu fm+buah- dia makan berselera. Variety kan dengan finger food pun bagus. Anak2 pun mcm kita, ada mood tentang makan. Jangan risau dia makan sikit pd suatu masa, mom boleh try beri makan lagi dgn lebih kerap. Cuba kerapkan penggunaan lemak seperti minyak, unsalted butter bagus utk naik kan bb anak dan perkembangan otak. Anak akan belajar utk explore makan, cara makan dari kita. Try wujudkan waktu makan bersama keluarga sekali sehari pon okay, contoh dinner. Dan mom boleh try beri susu dulu, 30-60 minit kemudian baru makan supaya mood anak happy atau sebelum anak cranky. Faham reaksi anak juga bila done utk elak rasa dipaksa atau feeding trauma. Try & error. Mom boleh cuba beri anak peluang makan dengan tangan sendiri, beri dia pegang cawan sendiri supanya dia enjoy the eating moments. And goodjob untuk mom yang beri real food to anak. Kita effortless gitu. Hope this help! 🫶🏻

Đọc thêm
1y trước

itu lah saya dah buntu. sekarang ni saya kukus sahaja sayur dengan ikan. kalau nak bgi makan, saya kene bagi yg nmpk bentuk sayur tu/ikn, bagi dri tangan kita, baru dia mahu makan. kalau dh blender memang dia taknak.

cuba bagi kasar sikit atau texture berbeza. anak saya haritu bagi lembik je merengek. lah rupanya nak texture orang dewasa.

Dah tengok dalam mulut kot gigi nak tumbuh. Gusi bengkak kadang baby tak selesa.

2y trước

gigi bawah dah tumbuh dua biji

Awak dah cuba menu yang lain? Buah anak makan tak?

2y trước

I see. Menu harian baby bubur sahaja ya? Pernah bagi menu yang lain? Tekstur buah tu dalam bentuk puree atau solid?