Boleh cuba dapatkan nasihat daripada paediatrician atau dermatologist. Tanda lahir ni pelbagai. Macam anak saya ada tanda lahir hitam kat dahi. Masa lahir tu tak nampak sangat. Nampak macam kesan lebam. Consult dengan paed. Paed kata tanda lahir anak saya ni jenis yang tak bahaya dan kemungkinan untuk semakin gelap tanda lahir tu ada. Tapi boleh hilangkan dengan pembedahan kosmetik. Main concern saya dan suami, berkaitan dengan self confidence dia nanti.
Fast forward, anak saya 2 tahun sekarang. Ya, tanda tu makin gelap. Jelas kelihatan. Hehe Tunggu consent daripada anak je. Kalau anak nak buang tanda lahir tu, saya dan suami akan proceed dengan pembedahan kosmetik nanti.
Jadi nanti awak refer dengan doktor tau. Doktor akan buat pemeriksaan lanjut nanti.
Anonymous