Suri Rumah
Salah ke kalau perempuan yang berpelajaran nak jadi suri rumah dan jaga anak dia sendiri dekat rumah??
Tak salah pun dik. Akak bahagia jadi suri rumah, jaga makan pakai suami dan anak2. Akak keje 11tahun n berpendidikan, baru stahun bhenti keje laat 30 ogos tahun lepas. Depa yg cakap tu jelous kot, sbb kita blh jaga suami, anak, rumah. Keje pon abis byr pengasuh saja. Pengasuh sahaja dh dekat 1k. Blm travel n makan minum kat keje, opis jauh. Suami kata gaji awk abis kt situ jgk, suami mmg akan bagi duit nafkah jgk walaupn keje atau tidak. Mula2 mmg bosan, tapi kita create la hobi kita bila kat rumah. Akan tanam pokok2, biar pun duk taman, rumah tak bertanah, kkita tanam dalam pasu.
Đọc thêmkenapa salah? apa yg salah? tak faham kalau ada yg menyalahkan. suri rumah tu lah kerja yg paling penat di dunia.. siapa yg menyalahkan tu pemikiran dia jumud.. terpulang lah pada individu tu sekiranya dia nak mendidik anak di rumah.. apa salahnya fokuskan anak 24 jam. lagi terjaga anak tu rasanya. saya seorang ibu yg bekerja, tapi saya tak pernah menyalahkan kalau seseorang individu mengambil keputusan utk behenti kerja dengan sebab nak menjaga anak di rumah. pada saya terpulang pada keperluan, dan kemahuan masing2..
Đọc thêmSy ada master. Suami dpt pindah, sy resign. Its ur choice sis. Tak salah pun jd educated mom. Mungkin u boleh apply ilmu tu kat anak2. Eg; sy bidang medical microbe. Buat aktiviti pasal simple experiment pasal kuman etc. My husband pun support. Percayalah, kerja atau tak kerja tu bukan pilihan yg salah. Ada ibu yg trpaksa kerja untuk support family. Ada ibu yg kalau kerja trpaksa jauh dari family. Ada pros and cons. Abaikan apa org ckp, kita lg tau apa situasi kita. Apa2 pun, family comes first. 😊
Đọc thêmTak salah. Org tua or org sekeliling tk fhm dan nak yg trbaik utk kita. Kita pun sama. Cuba mungkin belum masa nya dan kita pun takut nak bagi org jaga. Kita yg jd surirumah ni pun sbnrnya berkorban utk anak. Dgn kelulusan yg ada boleh didik anak dgn lebih baik. Instead membandingkan kelulusan bwh dari kita pun masih bekerja. Hanya doa dan niatkan moga anak-anak lebih bijak dan berjaya dari kita dari segi dunia dan akhirat. Natijah nya pun berbalik pada kita. 🥰 #TAPactiveusers #TAPSupermoms
Đọc thêmTak salah. Tapi fikir balik kenapa belajar tinggi2 dulu kalau bukan sebab nak dapatkan income masa akan datang. Betul, belajar tinggi pun boleh jaga dan didik anak kat rumah. Tapi, tak sama dengan skills and ilmu yang kita boleh polish kalau kita bekerja. Apa pun, at the end its your son/daughter. Awak tahu apa yang terbaik untuk diorang sepanjang mereka membesar ni. Something to sacrifice. Dan pls jangan ada perasaan salah atau tak jadi house wife. Its your choice and be happy with it.
Đọc thêmTak salah lagi bagus..hantar pengasuh tak tahu dia jga anak nya mcm mana.. saya skrng tgh mengandung pun tgh pikir nnti bersalin nak suruh sapa jga.. nak je jadi suri rumah.. tapi apa kan daya ekonomi skrng ni duit macam air.. kene tolong husband .. biarlah mulot orang sis.. kalau jaga sendiri boleh pantau.. takot kalau srh pengasuh jga baru berapa bulan dah sumbat makanan atau dipukul bby nya.. hm
Đọc thêmTak salah pon sis. Jangan amik tau sgt apa org sekeliling kata . Buat stress jer . Sekarang ni mcm2 jadi dekat pusat asuhan . Saya betul2 takot. Anak ni amanah tuhan bagi,kene jaga betul2. setiap manusia tu Dia dah sediakan segala rezeki. Percaya la. Sy dulu gaji besar sis, berhenti keje jaga anak 2 org, alhamdulillah, rezeki kami suami isteri x pernah putus. Tawakkal & selalu doa. Pedulikan apa org kata.
Đọc thêmMentaliti masyarakat , orang belajar ada degree kena kerja . Saya pun surirumah ada degree luar negara tapi memilih utk jadi surirumah dan sesambil tu buat juga bisnes online . Susah senang berkeluarga hanya kita dan suami je yg tanggung . penah dibuang keluarga , bila dah berjaya bisnes online baru la family saya terima saya tapiiiii saya buat biasa2 je . itulah lumrah kehidupan sis
Đọc thêmYesss , ramai surirumah yg ada bisnes sendiri dan sgt berjaya .
Tentula xsalah..cuma mentaliti orang sekeliling/famili je yg xbagi jadi surirumah. Alasannya rugi belajar tinggi2 last2 ke dapur. Sayang duit gaji besar2 nak dilepaskan dan jangan benti kerja sbb kita xtau suami macammana takut bila dia ceraikan kita, kita tinggal sehelai sepinggang. Tu je..Cuma mental kena kuatla bila dengar leteran org sekeliling sebab kadang2 diorang seperti menghasut.
Đọc thêmKan sis..klau suami yg minta, kita ikutkan je la..
Maaf pada pandangan saya bukan masalah kerja atau tidak. Masa kita habis belajar degree ibu bapa kita berhabis duit untuk kita dan berhemps pulas kerja untuk kita. Walau kita ni tak berkerja nak jadi suri rumah sekali pun ingat lah beri duit ke dua ibu bapa kita. Mereka dah bersusah menghantar kita belajar sampi ke manara gading.
Đọc thêmThanks sis bg pendpt..insha allah walaupon duduk rumah, saya akan cuba balas jasa mereka..
new mummy