period ke tak?
sabtu lepas sebelum nak solat maghrib, saya check macam ada setitik dua darah warna coklat dekat pantiliner.. jadi saya anggap itu period laa.. tapi lepas tu dah takde keluar darah coklat.. hanya keputihan kekuningan sikit² pada sepanjang hari ahad esoknya tu.. jadi pada subuh isnin, saya pun solat laa macam biasa tanpa mandi wajib sebab had minimum tempoh haid adalah 24jam.. tapi pada tengah hari isnin tu keluar balik darah tompok coklat.. kali ni banyak sikit dari sabtu tu.. jadi saya nak tanya, itu memang dikira darah period atau tak ye? kalau kira dari sabtu tu day 1 period, harini dah day 5.. saya masih belum mandi wajib n solat sebab masih was².. sebab kadang tu keluar keputihan biasa je.. #ingintahu #firstmom
Suri Rumah aka Agent Mommyhana