Rentetan daripada luahan saya haritu..(lihat gambar)
Nak dijadikan cerita
Saya terbaca whatsapp MIL kepada husband saya
"Kenapa dengan bini awak tu"
"Semua mak buat semua tak kena"
"Pandai sangat ke dia"
"Kalau pandai sangat biarlah dia jaga baby sorang-sorang"
"Mak dah malas nak datang rumah"
"Taknak makan ikan haruan kan? Takde la mak kena penat-penat cari. Mujur lah"
"Kesian baby tak dapat jumpa nenek dia"
Apa lagi.. menangis la saya.. merayu minta izin husband nak balik rumah mama saya..
Saya minta dia beli susu formula dan botol susu.. kat rumah mama saya nanti saya marmet dan perah je kalau bengkak.
Maksudnya saya bercadang nak tinggalkan bayi dengan dia..
Husband saya pun dah berair mata dia kata dia tak sanggup berjauhan dengan saya.. dia peluk saya dia kata jangan macam ni sayang.. jangan tinggalkan saya.. kita jaga baby sama-sama k..
Sepatutnya saya yang cakap ayat tu. Saya yang patut makan hati sebab semua yang saya buat semua tak kena di mata dia.
Saya nak beranak kat hospital tertentu, tak kena. Ditengkingnya saya depan semua orang.
Nak berpantang kat rumah yg saya beli sendiri, dimarahnya saya depan adik-beradik dia yang lain.
Nak upah CL supaya tak susahkan dia dan anak dia, dikatakan membazir
Nak makan biskut kering cicah air, dikatanya tak sesuai untuk orang pantang.
Taknak makan ikan haruan, dia kata saya memilih.
Taknak bagi anak minum air kosong, dia kata saya "salah belajar"
Taknak ajar guna botol susu lagi, dia kata saya memandai nanti susah nak ajar bla bla bla.. menyusu badan ialah hasrat saya sebagai ibu, bonding time dengan bayi saya.. biarlah saya menyusu badan at least selama sebulan..
Tak pakaikan bedak kat anak, dia kata saya nak biar anak busuk. Bayi baru lahir ni wangi kot. Saya pakaikan lotion sahaja. Tu pun sikit sangat takut jadi apa-apa. Bedak tu saya tak prefer letak kat baby..
Nak pilih nama panjang sikit (3 nama), membebel cakap nama ayah dia pun panjang nanti susah tulis nama. Anak saya niiiiiii ikut suka saya laaaa bukannya ejaan dia pelik sangat pun.
Saya beli barang online guna alamat kedai dia, dia membebel cakap saya kuat shopping takut ada orang dengki (sebab saya bergaji besar). Padahal saya shopping barang baby sebab bila anak dia nak bawa saya keluar beli barang-barang dia bebel jugak. Lebih baik saya beli online. Lagipun saya tak petik satu sen pun duit dia dan duit anak dia. Tungku pun saya beli sendiri. Mana ada mengharapkan orang sponsor pun.
Saya manjakan suami saya dengan beli macam-macam kat dia pun dia bebel cakap takut ada orang dengki. Saya tak guna langsung duit dia.
Benda seremeh itu pun tak kena di mata dia. Jadi saya dah mula guna alamat rumah saya sendiri.. rumah ni rumah baru.. taktahu lah macam mana posmen nak jumpa rumah ni haha
Kalau nak cakap macam tu saya pun boleh cakap. Semua tak kena. Semua nak kena ikut tekak dan cara dia. Saya ni bukannya budak-budak. Umur saya dah 31 tahun saya tahu mana baik dan buruk. Masa mengandung lagi saya dah banyak buat bacaan. Saya dah banyak baca kat group ni. Saya juga banyak bertanya orang lain. Lain ibu lain cara didikan dan bawaan dia. Biarlah. Tu hak dia. Faham la cucu dia dan saya kahwin dengan anak dia. Saya kena hormat dia. Tapi kalau semua benda tak kena lebih baik saya mengalah dan putus asa sahaja. Saya penat hadap semua ni. Rasa nak teguk racun je kadang.
Harini dia tak datang rumah, kami laki bini urus bayi dengan tenang sangat. Ada la meragam tapi kami dua ok sahaja. Penat layan tetamu lebih penat daripada penat jaga baby.
Saya pun lepas menyusu saya dapat tidur sejam dan bangun lagi untuk susukan bayi. Leganya dapat tidur dan rehat walaupun sekejap.
Suami saya pun tak kalut dan dia sempat tungku kaki saya semalam. Saya pun sempat mandi lama-lama sikit sebab takde tetamu kan. Susu bayi pun saya boleh bagi lebih kerap.
See kalau dia banyak membantu kenapa bila dia ada kami dua rasa penat sangat? Penat sebab dengar dia bebel itu tak kena ini tak kena. Dia tak faham-faham.
Anonymous