Sambungan luahan haritu.....

Rentetan daripada luahan saya haritu..(lihat gambar) Nak dijadikan cerita Saya terbaca whatsapp MIL kepada husband saya "Kenapa dengan bini awak tu" "Semua mak buat semua tak kena" "Pandai sangat ke dia" "Kalau pandai sangat biarlah dia jaga baby sorang-sorang" "Mak dah malas nak datang rumah" "Taknak makan ikan haruan kan? Takde la mak kena penat-penat cari. Mujur lah" "Kesian baby tak dapat jumpa nenek dia" Apa lagi.. menangis la saya.. merayu minta izin husband nak balik rumah mama saya.. Saya minta dia beli susu formula dan botol susu.. kat rumah mama saya nanti saya marmet dan perah je kalau bengkak. Maksudnya saya bercadang nak tinggalkan bayi dengan dia.. Husband saya pun dah berair mata dia kata dia tak sanggup berjauhan dengan saya.. dia peluk saya dia kata jangan macam ni sayang.. jangan tinggalkan saya.. kita jaga baby sama-sama k.. Sepatutnya saya yang cakap ayat tu. Saya yang patut makan hati sebab semua yang saya buat semua tak kena di mata dia. Saya nak beranak kat hospital tertentu, tak kena. Ditengkingnya saya depan semua orang. Nak berpantang kat rumah yg saya beli sendiri, dimarahnya saya depan adik-beradik dia yang lain. Nak upah CL supaya tak susahkan dia dan anak dia, dikatakan membazir Nak makan biskut kering cicah air, dikatanya tak sesuai untuk orang pantang. Taknak makan ikan haruan, dia kata saya memilih. Taknak bagi anak minum air kosong, dia kata saya "salah belajar" Taknak ajar guna botol susu lagi, dia kata saya memandai nanti susah nak ajar bla bla bla.. menyusu badan ialah hasrat saya sebagai ibu, bonding time dengan bayi saya.. biarlah saya menyusu badan at least selama sebulan.. Tak pakaikan bedak kat anak, dia kata saya nak biar anak busuk. Bayi baru lahir ni wangi kot. Saya pakaikan lotion sahaja. Tu pun sikit sangat takut jadi apa-apa. Bedak tu saya tak prefer letak kat baby.. Nak pilih nama panjang sikit (3 nama), membebel cakap nama ayah dia pun panjang nanti susah tulis nama. Anak saya niiiiiii ikut suka saya laaaa bukannya ejaan dia pelik sangat pun. Saya beli barang online guna alamat kedai dia, dia membebel cakap saya kuat shopping takut ada orang dengki (sebab saya bergaji besar). Padahal saya shopping barang baby sebab bila anak dia nak bawa saya keluar beli barang-barang dia bebel jugak. Lebih baik saya beli online. Lagipun saya tak petik satu sen pun duit dia dan duit anak dia. Tungku pun saya beli sendiri. Mana ada mengharapkan orang sponsor pun. Saya manjakan suami saya dengan beli macam-macam kat dia pun dia bebel cakap takut ada orang dengki. Saya tak guna langsung duit dia. Benda seremeh itu pun tak kena di mata dia. Jadi saya dah mula guna alamat rumah saya sendiri.. rumah ni rumah baru.. taktahu lah macam mana posmen nak jumpa rumah ni haha Kalau nak cakap macam tu saya pun boleh cakap. Semua tak kena. Semua nak kena ikut tekak dan cara dia. Saya ni bukannya budak-budak. Umur saya dah 31 tahun saya tahu mana baik dan buruk. Masa mengandung lagi saya dah banyak buat bacaan. Saya dah banyak baca kat group ni. Saya juga banyak bertanya orang lain. Lain ibu lain cara didikan dan bawaan dia. Biarlah. Tu hak dia. Faham la cucu dia dan saya kahwin dengan anak dia. Saya kena hormat dia. Tapi kalau semua benda tak kena lebih baik saya mengalah dan putus asa sahaja. Saya penat hadap semua ni. Rasa nak teguk racun je kadang. Harini dia tak datang rumah, kami laki bini urus bayi dengan tenang sangat. Ada la meragam tapi kami dua ok sahaja. Penat layan tetamu lebih penat daripada penat jaga baby. Saya pun lepas menyusu saya dapat tidur sejam dan bangun lagi untuk susukan bayi. Leganya dapat tidur dan rehat walaupun sekejap. Suami saya pun tak kalut dan dia sempat tungku kaki saya semalam. Saya pun sempat mandi lama-lama sikit sebab takde tetamu kan. Susu bayi pun saya boleh bagi lebih kerap. See kalau dia banyak membantu kenapa bila dia ada kami dua rasa penat sangat? Penat sebab dengar dia bebel itu tak kena ini tak kena. Dia tak faham-faham.

37 Các câu trả lời

cuma nk ckp, masa stress mmg kita fikir nk jauh dr anak, anak meragam rasa nak humban anak. tp percaya la, mak tkleh lama takde anak. jgn diikut rasa tu, pisah dgn anak, anak pun terseksa tau, 9m dia dgr suara mak hari2 tiba2 hilang, kesian anak tau. dunia ni asing, dia kenal mak dia sorang je.. semoga mommy blh lalui hari yg tenang tu lamaaaa sampai dh sihat hormon dh stabil emosi dh ok. jgn gaduh dgn mil tau 🫂

Saya tak sanggup berpisah dengan anak. Tapi saya rasa bersalah sangat kat dia. Saya tak rela tengok husband saya berpisah dengan baby.. husband saya sayang sangat dengan anak dia.. InshaAllah kami tak gaduh.. mungkin MIL tak biasa dengan orang yg jenis melawan dan keras kepala.. entahlah.. haha

lepas baca comment2, rupanya bukan saya sorang je kena camni. nasib lah saya ni tak jadi gila masa pantang dengan mil. stress sangat sangat. anak dah 2 tahun ni, tapi masih teringat apa yang dia buat. sebab tulah perlu berhati hati dengan percakapan. tak kisah tua ke muda, orang tua tak semestinya betul. nak orang hormat kita, kita kena hormat orang juga. mil saya tu nasib saya boleh bersabar lagi, kalau melampau sangat memang kena dah. 😂

Saya rasa hampir gila sis. Setiap hari saya nangis. Baru seminggu lebih tapi saya hampir jadi gila.

biarkan aje kalau dia dah tak nak datang tu. betul lah, kita ni bukannya budak budak yg takde ilmu. semoga dipermudahkan urusan awak. suami awak dengar macam baik. biarkan dia je yg berurusan dgn mil. cakap je kat suami suruh bagitahu mil yg suami akan bantu uruskan baby dirumah. kalau perlu hire je CL skrg pun sempat je lagi. cakap taknak susahkan mil. time ni awak focus pulihkan diri dulu ye.

xsalah pn nk menyebelahi mak die...tp kna ingat jugak...awk pn mak...mak pd ank die...kne bincang & fahamkan die...awak xstress...die pn xjd ank derhaka...

Takpe awk buat tak tau je kat mil awak janji suami faham awk tp jgn la sampai kurang hajar kt mil wlau mcmmanepun dia tetap ibu suami awk. Angguk n ye kan je tp awk buat je cara awk layan baby mcm biase buar dia bebel. Sy dgn mil sy ye kan je bila dia ckp sbb mil jenis ketat pantang sampai cl bg mkn epalpun dia xbg haha tp mil sy baik je belikn brg mcm2 surh sy rehat tido cuma bab pantang je aduh xtahan

Saya takde niat nak kurang ajar. Tapi dia dah beberapa kali kurang ajar dengan saya. Mak saya sendiri pun tak menengking macam tu.

bljr dri pnglmn ank 1st 2nd ngn mil.brpntng ngn mil 2mnggu sy rsa btl2 jdi pekak..dh blk umh sndri bru tfikir knpa jdi pekak plk slma 2mnggu tu..sbb dh thu mmg akn dgr mcm2,sy lngsung bt xthu n xlayan.even sruh bgi mnm air ngn bgi bubur +kicap🤣anggap je drg tu xd ilmu lngsung..klau nk simpan dlm hati mmg rsa nk mmberontak..tpi sy buat angin2 smpi apa ayat2 diorng tu lngsung xmsuk dlm fkiran n hati..

Sebelum ni memang saya buat pekak je. Tapi bila melibatkan anak, saya jadi melawan. Saya takut kang dia tiba-tiba suap air kosong kat bayi saya. Aiiiii memang menyinga la saya kalau dia buat macam tu.

hi sis, saya pon baru lepas habis berpantang, saya berpantang dengan mak mertua saya, berpantang dengan orang tua hati kena keras, kering. apa yang mereka cakap dan kita sebagai ibu rasa tak betul kita tak perlu ikut. masuk kanan keluar kiri. buat2 pekak. kita yang jaga anak kita bukan mereka . suami juga kena main peranan,harap sis tak jauh dari anak, anak perlu kan kita, selamat berpantang sis.

ni betul..spnjg 2mnggu brpntg dgn mil sy rsa sy btl2 jdi pekak🤣dh blk umh sndri bru sedar..mcmna blh jdi pekak plk slma 2 mnggu tu🤣sy xlayan bila drg ckp itu ini,sy mnjwb n sy buat ja apa yg patut..mmg btl drg akn sruh bgi mnm air lah,bbur la itu ini..paling win bubur + kicap🤣🤣🤣tpi sy lngsung bt2 xtw

saya jenis tegas dan tak berapa sabar layan kerenah orang yg banyak songeh. kalau MIL saya yg perangai macam ni memang bernanah la telinga dia dengar mulut saya ni. silap2 ikan haruan tu sampai kat muka dia. jangan main gila, orang tua tak orang tua, if you can respect me i will respect you. suami sis kena main peranan, bertegas dgn mak dia demi kesihatan mental fizikal sis.

Boleh kira dengan jari berapa kali je dia respect saya 😭 Mak saya pun tak layan saya macam tu

prangai mil awk sama sikit ng mil saya cuma beza sy malas layan dia.. dia kata itu ini sy buat bodoh jer kdg mnjwb jugk.. 🤣.. time baby tidor sy rela kunci pintu rumah kalau husb tkde lantakla dia nak kata rumah kite kan bukan rumah dia.. sbb sjnis suka kejutkan baby sy serabut gk dhla kite nak tido time baby tido tp dtg dia suka kjutkan anak.. sudahnya sy kunci pintu terus 🤣

bincang la ngn husbnd elok²...kdg lelaki ni bila kita xcakap...xluah...die xtaw...xfaham...yg sakit kita...yang bertarung nyawa kita...mintak die bg sokongan & bantu kita...xpuas hati ngn mil...ckp elok2 ngn husband..biar die yg pujuk & bincang dgn mak die..husbnd yg baik akan memahami isteri & memahamkan mak die...bnyk2 bersabar ye...klu gaduh2 pn xselesaikan masalah...kesian kt ank...

Husband orang pertama tahu lepas saya baca whatsapp tu. Saya terus terang dengan dia saya terbaca whatsapp tu. Masa tu lah saya terus meletup menangis merayu supaya saya dipulangkan kepada keluarga saya sendiri.

kalau terangkan knp doctor saran utk xmkn ikan haruan, InsyaaAllah sejuk sikit hati mak. "ikan haruan mmg bagus utk pertumbuhan sel baru, mak. Tapi mak, klau czer, sel yg tumbuh terlalu bnnyk, menyebabkn kulit tu melekat pulak kt organ lain. boleh menyebabkn kesan2 yg lain pulak. yg blh memudaratkn" mana la tau tiba2 dia elok terima. kot la. 😅 cuba nasib.

Tak berkesan sis. Saya dah cakap. Doktor larang sebelum dia benarkan saya discharge. Dia pertikai ilmu doktor tu. "Bukannya makan seekor. Makan sikit je" Macam tu dia cakap. Saya ni secebis pun tak lalu nak makan.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan