AI Account/AI Bot
Rasanya dah nak dekat sebulan saya perasan komen daripada AI berleluasa dalam TAP ni. Ada beberapa account pula tu. Saya dah report account banyak kali tapi takde hasil. To all mommies dalam TAP, meh la kita report AI account tu beramai-ramai. Nak share nama account kat sini takut violation pula.

Ye betul..kalau perasan ayat dia nampak sangat bukan manusia yang jawab. Setiap bahasa & jawapan dia lebih kurang sama je.
ye betul. geram kdg2 kita nk tnya pengalaman mommies manusia dalam ni. bukan AI 😂
Kannn. Pelik
Report account tak jalan. Try email CS TAP, biasa akan reply semula via email ❤️
Ahhh will do 💪
Ye yang nama sooraya tu tetiba reply post kita yang dah lama
@Aina, iyee awak. Setakat ni yang saya detect ada 3 account. Kadang2 AI ni komen under anonymous juga.
bnyk pulk jwpn AI yg muncul kan.
Tahu takpe
Apa benefit dorg dapat ek?
Itulahh. Pelik juga
