𝗜𝗕𝗨 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗨𝗦𝗨 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔𝗡𝗚

Ramai ibu mengalami masalah sakit belakang lepas bersalin dan semasa menyusukan anak. Antara puncanya adalah berat anak makin bertambah, posisi menyusukan anak dan postur badan. Ini yang boleh ibu-ibu lakukan untuk kurangkan rasa sakit belakang: 𝟭. 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹. Makin bertambah berat anak, ibu perlu makin berhati-hati supaya tidak angkat dengan cara yang salah dan boleh menyebabkan sakit belakang. Cara yang biasa kita buat ketika angkat barang berat atau anak yang makin berat adalah dengan cara membongkok atau bahagian belakang melengkung. Salah caranya begini. Cara yang sebetulnya adalah duduk mengcangkung atau bengkokkan lutut dahulu, kemudian angkat dengan meluruskan bahagian belakang. Yang paling penting adalah bahagian belakang lurus dan tegak, bukan membongkok atau melengkung. 𝟮. 𝗣𝗼𝘀𝗶𝘀𝗶 𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝘂𝘀𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹. Kebiasaanya, apabila berat bayi bertambah, ibu akan cenderung untuk membongkokkan badan supaya breast rapat dengan mulut anak. Cara yang betul adalah bawa anak rapat ke breast ibu dan ampu berat anak dengan menggunakan bantal jika tidak larat untuk ampu guna tangan. Pastikan bahagian belakang badan kita tegak. 𝟯. 𝗨𝗯𝗮𝗵 𝗽𝗼𝘀𝗶𝘀𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮 Jika ibu rasa tegang di bahagian belakang leher, bahu atau atas belakang badan, cuba ubah posisi menyusu lain yang lebih selesa seperti berbaring, separuh berbaring dan sebagainya. Semoga bermanfaat ya. Jangan lupa juga minum susu untuk kuatkan tulang ibu. 😊 Fadzielah Ayub Pembimbing Rakan Penyusuan Anda Malaysian Breastfeeding Peer Counselor #Breastfeeding_FA #mbfpca . Follow FB saya: Fadzielah Ayub

1 Các câu trả lời

Thank you for sharing this info

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan