Rahim akan mengecut dengan sendirinya dan boleh dirasa kalau ditekan dalam sedikit pada bawah aras pusat. Bila? - 48 jam lepas bersalin
Rahim takboleh lagi dirasa, sebab rahim dah mengecut dan mengecil dan kembali kepada kedudukan asalnya di belakang tulang simphisis pubis. Bila? - hari ke 14 selepas bersalin
Rahim akan kembali kepada keadaan asalnya seperti sebelum mengandung, mungkin besar sedikit sahaja dari keadaan sebelum mengandung. Bila? - selepas 6 minggu bersalin
Sejurus sahaja selepas bersalin berat rahim menjadi lebih kurang 1 kg. Selepas 6 minggu bersalin, berat rahim berkurang menjadi berat asalnya 50-150gm
Perubahan rahim selepas bersalin ini berlaku dengan sendirinya. Body kita boleh buat sendiri, tanpa bantuan apa-apa ubatan/ produk.
Tak perlu bazir duit ambil apa-apa produk atau ubat yang katanya boleh kecutkan rahim selepas bersalin. Tak perlu juga urut-urut rahim untuk kecutkan rahim masa berpantang. Tak perlu pakai bekung untuk kecutkan rahim. Proses rahim mengecut ini adalah secara semula jadi, body kita tau dah nak buat apa. Hebat sangat dah aturan Allah
Benda boleh kecut sendiri, buatpe nak telan produk ?
Cc dr muhammad izzat
Diana Philip