Pureen Stretch Mark Lotion Review
First time sy pakai lotion ni masa sy mengandungkan anak pertama 9 thn lepas. Masa tu kandungan sy baru 3 bulan. So maknannya perut belum membesar. Sy suka sgt. Memang kulit tak ada stretch mark langsung. Sy sapu di perut, tepi peha & punggung. Pakai selepas mandi. Tapi kadang2 masa tgh baring2 pun sapu kat perut.
Lepas bersalin sy stop pakai sbb sy malas. Memang satu jalur stretch mark pun tak ada. Sampaikan doktor yg sambut baby pun tegur. Mengandung tapi tak ada stretch mark. Siap tanya sy pakai lotion apa... ????
Pernah try yg oil punya dr brand yg sama tapi sy tak suka. Too oily. Brand palmer pun sy tak suka sbb bau dia tak best. Mungkin time pregnant kot sbb lps bersalin bila try bau, ok je... Yg ni bau dia sedap.
Harga pun ok la. Dlm RM30++ je. Sekarang Nak dapatkan pun senang. Kat drugstore bersepah. Dulu sy hanya jumpa di kedai2 baby.
Teksture pun tak likat. Sama mcm lotion J&J. Easy to apply. Lepas apply tu rasa moist sgt. Sy bagi 5 bintang!
Siti Aishah