Test kesuburan Dan upt tak pernah double line.. ada tips tak ? Baru nikah, tengah ttc

19 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Takpe. Keep on trying untuk tahun pertama ni. In shaa Allah ada tuu. Tahun pertama ni tahun kita try pelbagai method. Setiap cycle tu kita ubah cara sebab kita taktahu kan cara macam mana yang kena dengan kita. Yang penting, consistent jaga makan, jaga berat badan, ambik supplement basic and setiap cycle tu try some tips. Contoh cycle ni kita berurut, cycle depan kita try pakai lubricant yang sperm friendly, cycle lagi satu try mamariam, next cycle pregnacare pulak. Tahun pertama memang tahu try and error. Experimenting process berlaku dalam tempoh setahun perkahwinan. Then nak masuk first anniversary tu planning nya dah kena berubah. Boleh start survey fertility centre untuk mula buat fertility screening for both husband and wife. In shaa Allah tak lama lagi ada rezeki awak. Buat ikut flow dan timelime yang betul then in shaa Allah your time will come very soon in shaa Allah. Moga Allah kurniakan awak dan suami zuriat soleh dan solehah yang terbaik dari sisi Allah dan terbaik juga disisi awak dan suami sebagai ibubapanya kelak 🥰

Đọc thêm