9 Các câu trả lời

BAYI UMUR 1 BULAN DISUAPKAN MAKANAN DAN MINUMAN! This is nonsense!! Dah berapa kali kita beritahu, jangan sesekali beri bayi bawah 6 bulan makan atau minum apa-apa! Lihat apa jadi! Sebab itu bila orang pesan, jangan nak membawang sangat cakap itu tak boleh, ini tak boleh. Jadi apa-apa kat anak orang, siapa nak bertanggungjawab?! Makanan pejal seperti nestum yang sudah dibancuh, kanji, bubur nasi, pulut, nasi himpit, rendang dan air sirap tidak boleh diberikan sebelum umur 6 bulan. Apetah lagi musim-musim raya ni nak bagi macam-macam dengan alasan budak dok usha mak ayah atau saudara mara makan atau nak bagi budak-budak merasa. Antara sebab tak boleh bagi makanan pejal kerana; 🛇 Bayi belum dapat mengunyah dan menggigit dengan berkesan. 🛇 Makanan yang paling seimbang dan lengkap adalah susu badan. 🛇 Meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman. 🛇 Usus belum matang dan terdapat risiko kecederaan / usus tersumbat (‘intestinal obstruction‘). 🛇 Buah pinggang belum cukup matang untuk mengendalikan beban berlebihan dengan makanan pejal. Jadi bawa beringat. Bertegas sedikit tidak kira dengan sesiapa pun. #Mitos 1) Bayi kerap nangis kerana bayi lapar walaupun selepas menyusu. 2) Beri makan awal, bayi kekal sihat dan tembam dan nampak comel. 3) Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan. 4) Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2 Notakaki: Sama gak dengan kes bagi anak-anak minum macam2 sebab jaundis. Merepek tahu! #BelNawhen #SayaJururawat https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02E27YUpfNNTrk5ncJiL1Neeu7H8qoPdy8RhnMvYazdtyrpbABYywdWHdYd5BgvCPol&id=100000028740033&mibextid=Nif5oz boleh follow fb nurse belnawhen utk lebih banyak info. jadi lah ibu bapa yg berilmu☺️

awak boleh baca penerangan ni dan buka link yg dishare sekali utk baca. Masih ada lagi yang dok tanya sana sini anak bawah 6 bulan boleh makan atau tidak. Jawapannya TIDAK. Malahan ada yang bilang jururawat di Klinik Kesihatan suruh makan seawal usia 5 bulan. Haih. Dah kenapa. Belajar dah bukan saranan untuk mula makan masa umur berapa? Lainlah kalau doktor cadangkan makan awal atas alasan tertentu! Jururawat jangan nak pandai-pandai ya! Jika anda rasa bayi kurang zat makanan, refer kepada doktor/pegawai pemakanan. Bukan anda cadang beli supplement itu ini, bukan anda cadang buat itu ini, kecuali vitamin yang dibekalkan di klinik setelah ditulis preskripsi oleh Medical Officer. Itu lain cerita. Dibawah ni link berkaitan kenapa tidak boleh beri anak makan. Berbuih mulut misi pesan. Naik cramp jari menaip pesanan demi pesanan. 1. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2338658509478418&id=100000028740033 2. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1551901468154130&id=100000028740033 Ini merupakan tulisan berkaitan bayi dan pemakanan sewaktu usia mencecah 6 bulan keatas. 1. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1931529116858028&id=100000028740033 Tolong jadi ibu yang berilmu. Jadi ibu yang tahu apa yang terbaik untuk anak. Sudah-sudahlah #ibumuda #ibupertamakali Dengarlah #ibutua ni nasihat adik-adik oii. #BelNawhen

baby Sy , Sy skdr bagi rasa hujung² jari, cukup 6 bulan baru bagi makan sebetulnya, walaupun masa 5 bulan tu, Klau kita tngh makan dia akan masukkan tangan dalam mulut dia 😅 tangan ok bukan jari 😌maka bertabahlah kami nk makan pun terganggu emosi sbgai mak bapak tp ya begitulah kehidupan 🤭🤭

Baby saya susah tambah berat badan. Doktor paediatrik suruh mula bagi makan pada 5 bulan setengah. Bagi puri dan sikit air masak. Sis tanya doktor, saya rasa tak de masalah nak bagi makan.

kalau boleh jumpa doc dulu jangan buat keputusan sendiri atau tanya orang yang bukan doc. apa apa risiko sendiri kena tanggung nanti.

betul tu. tlg la semua new mommy jgn la jadikan alasan 1st mom. semua org dlm 1st mom. lebih baik dpt kn advise dr doctor atau paed tu sendiri

bole atas nasihat doc.. sy anak 4m da bg mkn bubur nsi.. sbb die xpuas susu

Dr ckp ape sis.. ape je yg Dr check sblum bg anak mkn 4 bln?

Baby saya pun 5bulan dah bleh makan

atasan arahan paed or doctor ke?

Jumpa doktor dulu.

6bulan.

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan