ibu-ibu, apabila memutuskan untuk menyusu, ingat pepatah ini:

“Penyokong paling kuat yang ada ialah dari manusia terdekat (suami) atau ia boleh jadi juga manusia yang tak pernah ibu kenali sama sekali. Manakala pembenci yang paling hebat berusaha mencabar perjalanan penyusuan kita adalah dari mereka yang ibu kenal.” . Sudah komitted untuk menyusu, . 1. Jiwa kena kuat. Orang kata "anak hang kecik tak bambam, anak hang tak cukup makan, atau hang letih, tak boleh tumbang. Jangan sikit-sikit nak give up. Itu bukan ciri ibu komitted nak menyusu. . 2. Jika jumpa manusia yang cakap " eh miskin sangat ke bagi susu ibu, atau anak kecik umpama tak cukup nutrisi, ketap bibir, senyum berlalu bergi. Jangan lawan balik! Stress is the best MILK KILLER😌 . 3. Tak perlu up gambar susu yang berkepuk-kepuk. Ada ibu yang hasil produksinya mungkin tak sebanyak itu. Mereka akan down sehingga lapisan bumi ke 7. You all tengok sahaja susu hasil perahan itu dengan rasa puas dan tenang. . 4. Memang ada orang benci dan tak suka kita tak bersebab. Itu sifat manusia. Mohon jangan stress dengan kondisi seperti ini🤭 . 5. Memang ada orang yang akan benci kita kerana kita berusaha memberi susu ibu, mereka rasa tercabar seolah-olah tak beri yang terbaik untuk anak mereka. Ingat sesuatu : "its all about them, its nothing about you" so keep breastfeeding ok! . 6. Sekiranya ibu ingin berkongsi tentang hari-hari indah penyusuan, fokus tulis perkara kebaikan. Hargai mereka yang sedang berusaha menaikkan semangat. . 7. Pergilah ke mana-mana pelusuk dunia, kebaikan yang akan menang di sisi Allah. Jadi fokus dan tetapkan diri. . 8. Kental, kental, kental. Nak kekal buat kebaikan bukan kerja mudah. Ada sahaja yang melawan, menghalang, mencabar. Itu juga normal. . 9. Bantuan dalam dunia penyusuan adalah ruangan tanpa limit. Semua orang boleh beri apa pandangan terhadap itu. Ia adalah bagaimana kita kawal, kita nak baca dan tanya Mr Google, cari expert atau kita berdiam. . Happy Monday and Good Morning❤️ . Dr Nurhaya Yacob Terus positif membantu ibu menyusu. . Nota kaki : Gambar ini jelas terlihat keletihan dan keresahan di mata ibu, warna merah yang sibuk itu seolah-olah menggambarkan "kesibukan" masyarakat terhadap penyusuannya, ibu menjadi resah. Its ok sayang untuk merasakan letih dan penat, kita manusia. Ada hati dan ada rasa. Maafkan diri dan keep move forward😘.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan