11 Các câu trả lời

VIP Member

Awak, ikut nasihat doktor ye, demi diri awak dan anak tersayang. Ambil semula ubat. Mungkin kalau awak ambil ubat, awak tak boleh susukan anak dalam beberapa jam lepas makan ubat. Sebab ubat tu kuat. Tapi jangan risau sangat. Ada alternatif nya. Boleh pam susu sebelum makan ubat. Atau cuba berbincang dengan doktor jika ada pilihan ubat yang tak memberi kesan pada penyusuan. Tapi, kalau awak tak ambil ubat, saya risau emosi awak tak stabil. Mungkin effect dia jauh lebih teruk. Naudzubillahi min zalik. Minta dijauhkan daripada perkara2 buruk. Aamiin 🤲🏻 Saya dah baca semua comment2 dekat bawah termasuk comment baru awak.. Sedihnya saya baca 😭😭😭. Jujur, terasa ke hati. Kalau saya yg membaca pun rasa berat, apatah lagi awak yang memikul ujian ni. Ya Allah.. Engkau permudahkanlah urusan hambaMu ini Ya Allah.. Kerana dia tiada sesiapa melainkanMu ya Allah. Jangan Engkau biarkan dia putus asa Ya Allah. 🤲🏻 Awak, semoga Allah mempermudahkan urusan awak ye, meluaskan rezeki awak, melepaskan kesusahan, menunaikan segala hajat. Aamiin 🤲🏻. Stay strong 💪🏻💪🏻 Saya tak mampu nak beri kata2 semangat. Melainkan doa je yang saya mampu pohonkan. Moga Allah makbulkan. Tentang depression, secara jujur saya pun pernah alami sebelum ni. Pernah beberapa kali terfikir nak bunuh diri. Tapi depression saya tu mungkin sampai tahap yang awak alami. Masa terfikir rasa nak bunuh diri tu, saya rasa rugi kalau saya bunuh diri. Saya bermonolong dengan diri sendiri, "Kalau aku menderita dekat dunia yang sementara ni, lepas tu aku bunuh diri. Aku akan menderita secara kekal dekat akhirat kelak." Alhamdulillah, Allah sayang. Allah gerakkan untuk berfikir macam tu. Awak take care dan stay strong ye. Kalau awak rasa takde orang nak bercakap, nak luahkan perasaan, yang pertama luahkan kepada Allah waktu solat dan doa. Selain daripada awak luahkan waktu doa dan solat, awak boleh luahkan dekat kami, di Asian Parent ni. Selain tu, saya sertakan dekat sini link untuk talian hotline yang boleh dihubungi bagi mereka yang mengalami depressi:- https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-sokongan-emosi-berdepan-ketidaktentuan-ini-senarai-talian-psikososial-238327 #TAPsupermoms #TAPactiveusers

time ksh

TapFluencer

Semoga puan terus diberi kekuatan. Sy pernah menghidap depression sblm & selepas lahirkan anak sulung. Betul puan. Tiada siapa yg akan faham perasaan kita..diri kita..sy lansung tak dptkan rawatan atau pengambilan ubat..keadaan sy terlalu teruk hingga sy cederakan diri..& hampir bunuh diri..tapi bila anak sulung makin membesar..sy sendiri lawan perasaan sy..setiap hari sy solat berdoa pada Allah..hanya Allah yg ada dengan sy..bukan suami bukan keluarga..Allah sentiasa di sisi setiap saat setiap sudut..sy percaya puan pasti boleh lawan..sentiasa basahkan bibir dengan zikrullah..sentiasa yakin pada Allah..pada diri..cuba belajar jadikan perkara2 menyakitkan hati tu sebagai sesuatu yg remeh yg tak perlu diendah..hnya buat mana yg termampu dan larat shje..jika letih berehat dan dengar alunan2 suci alquran dan zikir..andai ada yg menyakiti puan secara fizikal (cth suami) laporkan pada pihak tertentu..kalau ubat tu x memudaratkan baby, maybe puan boleh ambik semula demi kesihatan puan..kdg2 emosi ni hasutan syaitan.semoga puan & baby sentiasa dibawah lindunganNya dan semoga segala uruan puan dipermudahkan 🥰😘

saya kena halau dengan mak saya sendiri suruh duduk rumah lain..dia kata malas nak hadap perangai saya dah..saya tak makan ubat jadi memang aktiviti seharian macam mayat hidup..dahla setiap dua minggu mesti tiga hari kena ulangalik pergi,klinik dan hospital..memang rasa agak stress..harini tak pergi hospital pakar sebab semalam gaduh dengan mak..asyik nak menangkan menantu macam menantu tu malaikat..saya dah fikir nak kerja lepas habis pantang tapi saya sayang nak tinggalkan baby dengan pengasuh..saya pun tak nak baby bapak dia yang jaga sebab perangai xelok..anxiety saya bila fikir semua ni..nak jaga anak,nak cari nafkah sebab suami saya bab nafkah memang xok sejak kawin..kerjanya melepak dengan kawan lepas tu ikut perangai tak elok kawan dia..sekarang saya rasa kosong padahal baby dah nak lahir..banyak sangat fikir..rasa nak pecah je kepala ni..hmmmm...

Awak.. Sedihnya saya baca 😭😭😭. Jujur, terasa ke hati. Kalau saya yg membaca pun rasa berat, apatah lagi awak yang memikul ujian ni. Ya Allah.. Engkau permudahkan lah urusan hambaMu ini Ya Allah.. Kerana dia tiada sesiapa melainkanMu ya Allah. 🤲🏻 Awak, semoga Allah mempermudahkan urusan awak ye. Stay strong 💪🏻💪🏻 Saya tak mampu nak beri kata2 semangat. Melainkan doa je yang saya mampu pohonkan. Moga Allah makbulkan.

VIP Member

doc ckp ape sis? ok ke kalau teruskan makan ubat? kalau ok, xsalah sis amik ubat. demi kesihatan sndri. mgkin sis boleh join group sembang kat telegram. dalam tu smue mommies je. xde laki. hot mommy gorgeous xsilap nama group. situ boleh sembang2. mcm2 bende dieorg sembang. 😊harap sis bertabah ye.

saya sejak mengandung je ni hormon stabil sikit,kalau tak ngandung ubat saya dah maksimum sebab saya selalu dengar suara untuk cederakan orang dah kadang bila sedih saya jadi tak sedar diri..

Think positif sis.. Dulu saya pun macam tu. Lepas bulan pantang I keluar ajak kawan chat.. Lepas tu, I slowly ok. Suami isteri mesti ada kurang persefahaman apatah lagi tambah 1 Family member.. I faham bukan senang handle.. Kalau boleh lebih baik ikut doktor bagi ubat..

same here.sy fulltime mom.stiap ari buat bnda yg sama.tp lama2 sy dah redho je.awl2 ms ada baby sy setakat level stress je.mental nk jaga baby mmg kena kuat sgt2.depression is a disease.better sis truskn treatment sbb realitinya lps ada baby takut jd lbih truk.

TapFluencer

Allahuakbar. Saya doakan moga Puan kuat dalam menghadapi despression. Orang sekeliling sememang nya tidak faham dengan keadaan Puan. Selalu berdoa dan mengadu pada Tuhan. Moga dipermudahkan segalanya.

kalau saya .bila suami ada ..happy jak .Klau suami dha turun laut ..kna Lyan kerenah anak anak ...anak ank tengah nkal ..aduhai .. stress sangat ,

smoga sis kuat yew..bnyk brsbar dn bnyk brdoa insyaallah ada jln penyelesaian

Super Mum

kuatkn semangat sis..

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan