Patut ke saya bertahan dengan hubungan ni ? Suami saya tiap bulan caci maki saya. Mengamuk. Dia kata saya babi , macam syaitan , pukimak , sial dan bangsat bodoh dan semua kata kata kesat yang ada kecuali sundal. Suami kata isteri ni kan tempat suami buang segala najis. Suami hembus hinggus dia pada muka saya. Dia dah 2 kali cakap menyesal kahwin dengan saya. Dia kata dia boleh hidup tanpa saya. Tapi bila dia demam sakit sakit tak boleh jalan berhari hari dia suruh bantu. Suami hari hari melepak keluar malam balik rumah 7-8 pagi. Kadang Saya tak tau pon kemana dia pergi sebab dia tanak bagitau. Bila dia tak cukup tidur dia mengamuk marah saya dan anak. Dekat rumah satu kerja pon dia tak penah bantu saya. Saya selalu stress dan menangis , bila saya menangis lagi suami mengamuk hempas pintu hempas gobok. dia sebat tali pinggang & hanger sampai patah tapi tak kena saya. Setiap kali jalan mesti ada ja dia nak marah , kadang saya drive kereta terlanggar jalan x rata sikit dia marah marah. Saya suruh dia amik lesen kereta belajar bawa kereta dia tanak.. Depan orang lain dia baik sangat nasihat orang lain solat , kalau kawan dia gaduh dengan isterinya dia nasihat suruh cakap baik baik tapi bila dengan saya sebaliknya , Dia tau nak maki hamun saya. Sepanjang kahwin dia tak pernah solat. puasa pon malas. tapi suami bab nafkah zahir dia ok.. Nafkah batin sahaja sebulan sekali atau 2 kali dia bagi. Bila saya teringin saya minta , dia marah jangan buat hal dia kata. Doktor nak masukkan saya dekat ward permai. Minggu ni saya jumpa kaunseling. Hidup saya tertekan sangat tapi sekarang saya tengah mengandung. Saya sekarang dekat rumah mak , saya takut nak balik rumah. Saya nak tenangkan diri dulu tapi dah 3 kali dia call suruh balik. cuma saya takut #pleasehelp
Nuur I M H